Pendakwah bebas, Da’i Syed meluahkan rasa bersyukur selepas  selepas dilepaskan dengan jaminan pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kini dia bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama isteri dan anaknya, petik Harian Metro.

Baca Juga:

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah dah dapat sama-sama lihat anak dan isteri saya. Alhamdulillah. Saya sempat jumpa anak saya 16 hari sebelum dipenjara.

“Saya impikan untuk lakukan beberapa aktiviti contohnya, baca buku dengan dia dan sebagainya, tapi takdir Allah. Saya ingat, Jumaat itu saya nak cukur kepala anak saya selepas selepas kes mahkamah. Tapi, Allah yang sebaik-baik perancang. Saya pula yang dibotakkan kepala,” katanya.

Memetik Harian Metro lagi, Syed mengakui kerja-kerjanya terganggu dan akan mulakan semula untuk mencari rezeki.

“Kerja banyak terganggu. Insya-Allah, saya akan mulakan balik. Mungkin berniaga dan apa-apa yang boleh untuk cari rezeki semula,” katanya.

Sementara isterinya pula, Hana Ismai turut meluahkan rasa syukur dan ingin menghabiskan masa bersama suaminya.

“Alhamdulillah, syukur. Lega apabila suami dapat penangguhan. Kita semua manusia diberi pinjaman masa sebenarnya. Jadi, saya nak habiskan masa sebaik mungkin bersama suami dan anak saya selagi boleh,” katanya.

Jelasnya lagi, walaupun dikecam teruk oleh netizen, dia dapati masih ramai yang mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.

“”Allah Maha Baik. Tak semua orang begitu (menghentam). Ada ramai orang di luar sana yang baik-baik dan sangat ambil berat dengan kami. Jadi, walaupun pada mereka mungkin kami tak layak, tapi kerana ehsannya tinggi, akhlaknya baik, jadi, Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada lima tahun lalu.

Sumber