Pada pengumuman Belanjawan 2024 yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan cukai perkhidmatan ditingkatkan daripada 6% kepada 8%.

Pengumuman ini menyaksikan beberapa perkhidmatan atau servis bakal dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi. Kesan peningkatan cukai perkhidmatan ini bakal menyaksikan kadar bilik di hotel berupaya meningkat sehingga 30% bermula tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) setakat ini memaklumkan kebanyakan pengusaha hotel masih belum melaksanakan sebarang kenaikan setakat ini.

Sementara itu, menerusi laporan yang dikongsikan The Malaysian Insight, hotel bajet bakal menyaksikan peningkatan harga bilik sehingga 50% berikutan peningkatan kadar cukai.