Premier League secara rasminya menutup tirainya. dengan Liverpool dimahkotakan sebagai juara.
Berikut adalah kesebelasan terbaik pilihan Vocket.
Penjaga gol – Matz Sels (Nottingham Forest)
Sels adalah antara sebab utama Forest berada dalam kedudukan yang sangat baik musim ini. Pada satu ketika mereka berada di kedudukan mencabar kejuaraan liga.
Dia menjadi pemenang bersama Anugerah Sarung Tangan Emas EPL 2024/25 bersama David Raya dari Arsenal.
Bek kanan – Daniel Munoz (Crystal Palace)
Ianya musim luar biasa untuk Munoz. Membantu Palace menamatkan musim di atas 50 mata. Dia mjadi pemain penting Oliver Glasner musim ini.
Bek tengah – Virgil Van Dijk (Liverpool)
Kapten juara EPL, Liverpool iaitu Virgil Van Dijk terus menunjukkan kenapa dia menjadi salah seorang pemain terbaik dalam sejarah EPL di posisinya.

Walaupun bermain bersama pengurus baharu, Van Dijk benar benar memahami kehendak taktikal dimahukan.
Bek tengah – Gabriel Maghalhaes (Arsenal)
Dia bukan sahaja pemain bek tengah, tetapi pemimpin tidak berlilitan kapten dalam skuad Arsenal. Selepas dia cedera, Arsenal terus bergelut di pertahanan dan juga secara organisasi di belakang.
Bek kiri – Antonee Robinson (Fulham)
Menepati definisi bek sisi moden idaman pengurus, mirip seperti apa yang dilakukan Trent Alexander Arnold di Liverpool sejak bertahun tahun ini.
Pemain yang sangat baik ketika menyerang dan bertahan. Fulham sudah boleh memikirkan tentang tawaran kelab besar lain.
Antonee Robinson's Fulham campaign finishes with 38 appearances and 10 assists in all competitions.
Another big step forward for the #USMNT left back.
Certainly will be on the radar of several European clubs this summer. pic.twitter.com/fy8N3nenEr
— Larry Henry Jr (@lhenry019) May 25, 2025
Tengah – Ryan Gravenberch (Liverpool)
Ini adalah musim penebusan dan pembuktian oleh Gravenberch yang sebelum ini kerap diganggu masalah kecederaan. Kegagalan Liverpool mendapatkan pemain tengah seperti Zubimendi telah membuatkan peminat mereka risau.
Namun kecergasan dan tahap keberadaan Gravenberch musim ini benar benar memberikan kuasa di tengah untuk The Reds menjuarai liga. Dia juga dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik EPL 2024/25.
This season has been one to remember – and this award makes it even more special. Grateful to the coaches, teammates, and fans who made it all possible. 🙏🏾🏆 pic.twitter.com/pnLDHWQEtK
— Ryan Jiro Gravenberch (@RGravenberch) May 24, 2025
Tengah – Declan Rice (Arsenal)
Pemain yang konsisten dalam skuad Arsenal. Dia bukan sahaja penting dalam mengimbangi permainan namun sangat penting ketika di kotak serangan.
Declan Rice boleh dikatakan telah membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah pembelian berbaloi kelab itu.
Sayap kiri – Matheus Cunha (Wolves)
Dia benar benar ‘carry’ Wolves musim ini. Walaupun Wolves tak menang sekalipun, Cunha tetap beraksi dengan cemerlang secara individu.
Tidak hairanlah dia menjadi sasaran utama Ruben Amorim di Man United.
Sayap kanan – Mohamed Salah (Liverpool)
Pemain yang tidak memerlukan ulasan, cukuplah membiarkan gambar berbicara.
Penyerang – Bryan Mbuemo (Brentford)
Menjaringkan 20 gol liga bersama pasukan seperti Brentford bukannya perkara mudah. Sebelum ini, Ivan Toney berjaya melakukannya dan terus menjadi pemain elit.
Selain mencetak 20 gol, dia juga menghasilkan 7 assist.
Penyerang – Alexander Isak (Newcastle)
Penyerang Newcastle ini mencetak 23 gol musim ini untuk Newcastle. Pada Januari, dia menjadi pemain keempat dalam sejarah EPL menjaringkan gol dalam 8 perlawanan berturut turut.
Isak menjadi nadi penting kelabnya menjuarai piala domestik dan kemudian layak ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.