Kita dikejutkan dengan beberapa berita banjir melanda beberapa tempat dan pastinya ramai yang terkesan akibat banjir. Semestinya, mereka yang terlibat dengan bencana alam ini berasa sedih kerana mengalami kerugian apabila barangan seperti perabot dan barangan elektronik rosak.
Akan tetapi, berbeza dengan mangsa banjir ini yang berkongsi gambar dengan penuh ‘vibes’ positif walaupun dilanda bencana alam. Pengguna Twitter @muhamadfaris22 ini telah memuat naik gambarnya di kawasan rumah yang dipenuhi banjir dengan meletakkan barangan seperti dalam biliknya.
Bosan argh work from home dekat rumah tepu gila otak tak mengembang . Amik angin luar kejap best ke okey ? 😁😆 pic.twitter.com/L6AgX5NsnU
— farism4n (@muhamadfaris22) January 3, 2021
"Hidup itu harus santai, semangat dan jangan mudah putus asa jika menghadapi permasalahan yang rumit. 😌✌️ pic.twitter.com/BmLJ4pOUof
— farism4n (@muhamadfaris22) January 3, 2021
Perkongsian ‘bilik’ tapi aesthetic oleh Faris mendapat perhatian netizen dan para netizen terasa terhibur melihat gambar tersebut. Malah, para netizen turut berasa kesian akan nasib menimpanya kerana komputer ribanya turut berlumpur disebabkan banjir.
https://twitter.com/popit_codes/status/1345911988325552129
Praying for you!! I know this would be something like how I act if I were going to turn my life upside down crisis, but deep down I would be CRYING. You brought humor out of your devastating situation.
I only hope for the best for you, and don’t be afraid to ask for help!!! https://t.co/nCmzfTGONk— Rashifa (@youngaljunied) January 3, 2021
Mat, laptop, penapis air, tilam, lampu semua consider jahanam dah mat.
Tapi aku respek betul positifnya brother ni. Aku perlukan benda ni! 😂 https://t.co/xK8SkwfpHm
— HermyR (@HermyRahim) January 3, 2021
Design room using ikea furniture only challenge :
— S 🇵🇸 (@twtsyakir) January 3, 2021
Aku tak tahu laa nak nangis ke gelak first semoga segalanya dipermudahkan second alhamdulillah kau masih boleh berjenaka😂😂😭
— //babypanda// (@dianbeary) January 4, 2021
Usaha dan sikap optimis yang ditunjukkan Faris membuatkan para netizen kagum. Tidak hanya itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Faris agar tabah menghadapi musibah ini.
Masalah banjir sering kita dengari setiap tahun, mungkinkah akan ada penyelesaian untuk masalah ini? Apa pendapat anda akan isu tersebut?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini
Demi Gambar OOTD, Pengunjung Sanggup Rosakkan Bunga LED Di Perlis
Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik