Aplikasi MyJPJ kini menjadi hub buat para pengguna untuk menyemak maklumat lesen pemanduan dan sebagainya. Salah satu ciri yang menjadi perhatian ramai adalah aduan salah laku boleh dilakukan yang dikenali sebagai e-Aduan.

Dengan ciri ini, anda boleh melakukan aduan bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya pada aplikasi sahaja. Bagi yang belum mencubanya, boleh pelajari cara mudah buat aduan salah laku jalan raya di aplikasi MyJPJ.

Baca Juga:

Cara buat aduan salah laku jalan raya di aplikasi MyJPJ

1. Log masuk ke aplikasi MyJPJ.

2. Pada bahagian menu utama, skrol ke bawah dan pilih e-Aduan@JPJ di bawah Perkhidmatan Umum.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

3. Lalu, pilih aduan yang berkaitan dalam Senarai Aduan. Setakat ini, terdapat sembilan kategori aduan yang boleh dilakukan yang merangkumi gagal mematuhi lampu isyarat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan sebagainya.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

4. Seterusnya, isi butiran aduan yang diperlukan termasuklah gambar atau video mahupun pautan video, tarikh dan masa kejadian, nombor kenderaan, nombor telefon, negeri dan keterangan ringkas berkenaan aduan yang dibuat.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

5. Selepas selesai mengisi butiran yang diperlukan dan tekan Hantar. Anda juga boleh menyimpan draf aduan jika perlu dan dihantar kemudian apabila sudah diisi lengkap.

Sumber Gambar: Aplikasi MyJPJ

Ini sahaja langkah yang diperlukan untuk melakukan aduan salah laku menerusi aplikasi MyJPJ. Selepas ini, anda bolehlah menghantar terus bukti ke pihak berkuasa melalui saluran yang tepat dan tidak menularkan ia di laman sosial lagi.

Diharapkan dengan tutorial ini boleh dijadikan panduan untuk membuat aduan salah laku jika anda menghadapinya pada masa kelak. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahuinya.

Sumber