Salah satu rukun wajib untuk dilaksanakan oleh umat Islam adalah membayar zakat. Memandangkan sudah pun berada di penghujung tahun, ada di kalangan kita yang masih belum membayar zakat pendapatan oleh kerana tidak mengetahui kiraan yang tepat.
Secara khususnya buat rakyat Selangor, kini anda boleh membuat semakan pembayaran zakat dengan mudah menerusi aplikasi ZakatSelangor. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui cara menyemak zakat pendapatan menerusi aplikasi Zakat Selangor.
Baca Juga:
- Ini Caranya Untuk Kongsikan Jadual Google Calendar Bagi Rujukan Pengguna Lain
- Ini Caranya Mendapatkan Skim Insuran AM Selangor Secara Percuma Menerusi Aplikasi Wavpay
- Ketahui Cara ‘Claim’ Skrin iPhone Baharu Secara Percuma Selepas Tempoh Waranti Tamat
Cara menyemak zakat pendapatan menerusi aplikasi ZakatSelangor
1. Muat turun aplikasi ZakatSelangor secara percuma di Google Play Store atau pun App Store.
2. Pada menu utama, klik pada TAKSIR untuk buat semakan.
3. Klik pada Zakat Pendapatan.
4. Menerusi bahagian Taksir Zakat Pendapatan, anda diminta untuk mengisi maklumat berkaitan pada bahagian A,B,C,D dan E.
5. Selepas itu, tekan Taksir Zakat.
6. Akhir sekali, sekiranya anda layak untuk membayar zakat pendapatan kepada Lembaga Zakat Selangor, bolehlah teruskan dengan klik Bayar Zakat sehingga selesai prosesnya.
Untuk makluman, anda disarankan untuk melog masuk terlebih dahulu jika mahu menyimpan taksiran zakat yang dibayar. Resit taksiran zakat ini sangat penting jika anda mahu menerima rebat potongan pembayaran cukai pendapatan untuk tahun ini.
Diharapkan dengan tutorial di atas boleh membantu anda membuat semakan bayaran zakat pendapatan seperti yang dituntut oleh agama Islam. Selain zakat pendapatan, anda juga boleh membuat semakan untuk zakat lain seperti pelaburan, perniagaan, simpanan, emas dan KWSP menerusinya.