Seperti kita sedia maklum, platform Shopee kini sudah beralih menggunakan servis DuitNow untuk urusan pembayaran di dalam talian. Dalam menarik lebih ramai untuk menggunakannya, kini pihak Shopee sedia menawarkan bonus buat mereka yang memautkan DuitNow pada akaun Shopee yang digunakan.
Dengan mengaktifkan servis ini, anda berpeluang melakukan transaksi dengan lebih selamat dan pantas pada bila-bila masa. Selaras dengan penawaran terbaharu ini, anda boleh ikuti tutorial di bawah untuk mendapatkan bonus RM10 secara percuma.
Cara pautkan DuitNow pada Shopee
1. Pertama sekali, anda perlu melog masuk akaun Shopee pada aplikasi.
2. Selepas itu, klik pada ShopeePay.
3. Seterusnya, tekan butang DuitNow.
4. Tanda pada terma dan syarat yang disediakan di bahagian bawah.
5. Lalu, klik pula Other Methods dan pilih SMS untuk menerima nombor pengesahan.
6. Akhir sekali, masukkan nombor pengesahan yang diterima dan selepas itu akaun anda berjaya dipautkan.
Untuk makluman, anda perlu memasukkan sejumlah RM50 ke dalam dompet digital ShopeePay terlebih dahulu dan barulah boleh menerima tawaran bonus RM10 itu. Promosi ini akan berlangsung bermula 1 November sehingga 30 November 2022 kelak.
Diharapkan dengan tutorial ini dapat memberikan kefahaman yang lebih mudah dalam memautkan DuitNow pada akaun Shopee anda. Bukan sahaja dapat memudahkan urusan pembayaran di dalam talian, malahan anda berpeluang menikmati bonus RM10 dan juga kelebihan lain yang ditawarkan menerusinya.