Sukan rugbi mungkin sedikit asing buat peminat sukan tanah air tetapi Sabtu lalu, Malaysia melakar sejarah apabila berjaya mengalahkan Singapura 40-20 dan seterusnya berjaya memenangi piala Asia Rugby Championship Divisyen 1 buat kali yang pertama! Bukan itu sahaja, kedudukan skuad ragbi tanahair turut naik dari kedudukan ke-60 dan berkemungkinan akan menghuni tangga ke-47 dunia dalam senarai World Rugby.

Di sebalik kemanisan bergelar juara, pasti perlu menempuh pengalaman getir dan pahit. Azmir Zed adalah salah seorang pemain pasukan Malaysia yang menyempurnakan dua try penting dalam perlawanan itu dan beliau mahu berkongsi pengalaman beliau ketika bersama pasukan Malaysia.
Bagi Azmir, kemenangan ini adalah sesuatu yang penting kepadanya dan untuk masa depan sukan rugbi di Malaysia. Beliau sangat gembira kerana dapat memberi mata kepada pasukan Malaysia semasa di perlawanan akhir. Perlawanan itu menjadi lebih bermakna apabila ibu kepada Azmir turut sama menonton perlawanan itu buat kali pertama walaupun beliau sudah aktif dalam sukan rugbi untuk lebih 20 tahun.
Gambar pasukan Malaysia di akhbar Malay Mail
Nampaknya sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan atau Kementerian Belia & Sukan khususnya menyediakan fasiliti dan stadium yang sewajarnya untuk pasukan rugbi Malaysia. Timbul rasa terharu sebab mereka ini main di padang biasa-biasa sahaja, tetapi dapat jadi juara. Kalau bola sepak boleh disediakan fasiliti berkelas dunia, kenapa tidak sukan rugbi? Macam dianaktirikan pula sukan rugbi ini.
“Harapan saya adalah untuk Malaysia layak ke Rugby World Cup 2019 yang bagi saya ianya tidak mustahil kerana dari segi kekuatan pula, Malaysia kini adalah top 4 di Asia. Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia mengenali sukan rugbi ini dan lebih sokongan dari kerajaan terhadap sukan ini,” kata Azmir.
Azmir turut berkonsi frasa ini buat rakan-rakan sepasukannya,”KITA MAIN SAMA SAMA, KITA KALAH SAMA SAMA, KITA MENANG SAMA SAMA!” Well said! #ragbipadu
Kredit gambar cover : Fadzil Hisham (Tigers Super Sports)