Seorang ketua kartel Ecuador yang dibunuh dikenali sebagai “El Fatal” telah dikebumikan dengan ratusan pistol dan senapang dengan tujuan untuk melindungi dirinya di alam akhiratz
Julian Sevillano, pemimpin terkenal kumpulan kartel “Los Fatales” berusia 39 tahun, sedang bersama anak perempuannya yang berusia 20 tahun sebelum mereka mereka diserang hendap oleh lelaki bersenjata, menurut La Nacion.
Baca Juga:
- Berang Anak El Chapo Ditahan, Sinaloa Kartel Lancarkan Perang Dengan Tentera Mexico
- Kartel Dadah El Chapo Hasilkan Kokain Baharu Jenama Tesla Dan Prada Bernilai RM89 Juta
- Kartel Dadah Mexico Hantar Kepala Manusia Sebagai ‘Hadiah’ Selamat Datang Buat Ketua Polis Baharu
Kedua-duanya terbunuh dalam tragedi tembak-menembak.
Ahli keluarga Sevillano enggan memberi kebenaran kepada pihak polis untuk membedah siasat mayat mangsa, sebaliknya mereka menjalankan ritual pengebumian besar-besaran sehari selepas kejadian.
Dalam gambar yang kini tular menunjukkan Sevillano berada dalam keranda sambil pengikutnya mengisi dengan senjata – dilaporkan tujuannya adalah untuk dia melindungi diri sepanjang berada di alam kubur.
Polis dan askar Ecuador kini berkawal di tengah-tengah khabar angin tentang kemungkinan perang balas dan keganasan yang berterusan.