Umum tahu Malaysia sememangnya popular dengan usahawan kosmetik yang berjaya memperoleh kekayaan menerusi produk yang dijual. Kejayaan dalam bentuk rumah yang besar serta kereta mewah sudah menjadi kebiasaan di kalangan usahawan kosmetik.
Namun lain ceritanya pada kali ini apabila pihak polis telah menahan lima individu termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Serdang, Selangor, Selasa lalu.
Berdasarkan laporan, pihak polis telah menangkap dua beradik lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan 31 tahun menaiki kereta Ford Mustang menerusi serbuan pertama yang dibuat.
Melalui pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.
Pihak polis juga turut merampas sebuah kenderaan Ford Mustang dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua.
Difahamkan siasatan mendapati suspek berkenaan merupakan seorang usahawan kosmetik di Kelantan dan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’. Lebih menghairankan, kad perniagaan suspek pertama menyatakan suspek merupakan seorang ‘Datuk Seri’ namun semakan mendapati namanya tiada dalam senarai.
Susulan tangkapan itu, katanya, polis berjaya menahan tiga lagi suspek membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berumur lingkungan 32 hingga 43 tahun yang berkhidmat sebagai orang tengah bagi urusan jual beli dadah.
Selain Ford Mustang, pihak polis turut merampas tiga kenderaan Nissan Almera, kereta MPV Toyota Innova dan kereta Honda HRV serta wang tunai berjumlah RM3,000 yang mana keseluruhan sitaan bernilai RM158,000.
Berdasarkan siasatan, sindiket dadah yang dipercayai beroperasi lebih lima bulan itu dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum diedarkan ke negara jiran. Setakat ini kesemua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November depan dan disisat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tular pada minggu lalu apabila Nabil Ahmad telah dipanggil SPRM berhubung isu Macau Scam.
Nabil Ahmad Antara Individu Yang Dipanggil SPRM Berhubung Isu Macau Scam
Dibantu ‘Bodyguard’ Dan Dilarikan Dengan Kereta Myvi, Persoalan Suspek Macau Scam Lolos Terjawab