Salah satu kelab ‘gergasi’ Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United akan menjalani perlawanan pra musim di Malaysia dan juga Hong Kong.
Menurut laporan, United akan terus berangkat ke Asia sejurus saingan musim 2024/2025 berakhir dan mereka bakal memperoleh pendapatan yang lumayan dari lawatan mereka ke dua negara ini.
Baca Juga:
- Ini Yang Ten Hag Rindukan Tentang Manchester United
- Bernardo Silva Anggap Amorim Orang Yang Tepat Bimbing Manchester United
- Ruben Amorim Tetap Tenang, Tak Risau Dipecat
Manchester United Dapat Jutaan Pound

Daily Mail melaporkan lawatan tersebut bakal memberikan United sebanyak £7.96 Juta, angka besar yang akan membantu meringankan beban kewangan kelab yang ketika ini sedang menjalankan langkah penjimatan.
Minggu lalu, United mengesahkan pusingan kedua pemberhentian pekerja yang akan menyebabkan sehingga 200 kakitangan kehilangan pekerjaan.
Walaupun membawa hasil yang besar daripada pendapatan komersial, hari perlawanan dan penyiaran, United telah kehilangan lebih daripada £300 juta dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Sebelum ini, pengurus pasukan iaitu Ruben Amorim menegaskan pasukan utama memikul tanggungjawab berat untuk meningkatkan pendapatan sekaligus dilihat sebagai “enjin” kelab.
Salah satu cara untuk melakukan meningkatkan pendapatan ialah bermain perlawanan di luar negara. Kelab itu bersedia untuk kembali ke Amerika Syarikat pada musim panas depan sebagai sebahagian daripada kejohanan pramusim yang akan bermula pada akhir Julai, selepas Piala Dunia Kelab berakhir.

Sejak membeli pegangan saham dalam kelab tersebut pada penghujung 2023, INEOS yang dikendalikan oleh Sir Jim Ratcliffe telah membuat beberapa keputusan boleh dianggap sebagai kontroversi.
Ia melibatkan penamatan tugas Sir Alex Ferguson selaku duta global Manchester United serta telah memberhentikan khidmat 250 orang kakitangan.
Ratcliffe percaya langkah drastik ini adalah satu keperluan untuk mengelakkan kelab daripada terus mengalami kerugian.
Pengurangan kakitangan mungkin penting untuk menjadikan kelab tersebut kompetitif dan menguntungkan dalam tempoh dua tahun akan datang.
Selain itu, kelab tersebut juga sedang mempertimbangkan untuk menutup pejabat mereka di London, tetapi mereka masih akan menjalankan operasi di ibu kota Inggeris itu bagi membolehkan mereka terus menjalankan perniagaan dengan rakan global.