Manusia paling ramai pengikut di TikTok – kira kira lebih 160 juta pengikut – Khabane Lame mendedahkan bahawa dia menolak tajaan yang bercanggah dengan agamanya.

Khabane Lame adalah pempengaruh beragama Islam. Dan dia menempa kegemilangan menerusi video sindiran kepada ‘life hack’ yang dianggap mengarut.

Namanya melonjak naik ketika musim lockdown. Sebenarnya pada masa itu Khabane Lame baru kehilangan kerja.

Dari situ dia membina populariti sehinggakan dia menjadi salah satu figura paling popular di dunia. Bukan sahaja jenama besar, malah selebriti gred A Hollywood pun ramai mahu bekerjasama dengannya.

Khabane Lame mendedahkan bahawa dia menolak tawaran dari syarikat alkohol yang menawarkannya tajaan mencecah jutaan dollar.

Dalam satu forum, hos bertanya, apakah syarat yang dia letak untuk penaja yang mahu bekerjasama dengannya.

Selain daripada bercanggah dengan ajaran agamanya, Khabane Lame turut rasa bertanggungjawab dalam memberikan pengaruh positif kepada pengikutnya, terutama sekali golongan kanak kanak.

Khabane Lame berkata: “Pertama sekali, ketika menerima panggilan daripada mereka, saya sentiasa memastikan bahawa saya tidak mempromosi alkohol.

“Saya tidak boleh mempromosikan alkohol. Walaupun saya menerima sangat banyak tawaran daripada jenama alkohol. Namun saya sentiasa katakan tidak kepada mereka.

“Kerana pertamanya, saya seorang beragama Islam. Dan saya tidak mahu mempromosikan alkhohol.

“Selain itu, saya ada ramai pengikut dari kalangan kanak kanak. Dan saya tidak mahu orang lain, kanak kanak, mulai minum minuman keras.

“Saya sentiasa memilih sesuatu yang sebersih yang mungkin untuk kehidupan.”