Khabib Nurmagomedov mencadangkan Conor McGregor untuk datang ke Dagestan untuk memulihkan ketagihannya kepada barang terlarang.
Pada Oktober, UFC mengumumkan bahawa McGregor menerima tempoh penggantungan yang panjang kerana melanggar polisi anti-doping.
McGregor digantung selama 18 bulan selepas gagal tiga kali memberikan “sampel biologi dalam tempoh 12 bulan pada tahun 2024.”
Penggantungan itu berkuat kuasa semula (retroaktif) dari tarikh ujian terakhir yang terlepas, yang bermaksud dia layak bertanding semula pada Mac 2026, iaitu tiga bulan sebelum acara UFC khas di White House yang dia nyatakan mahu sertainya.
Bergelut untuk pulih
Conor McGregor mendedahkan di media sosial bahawa dia baru-baru ini menjalani rawatan Ibogaine di Tijuana, Mexico, dengan bimbingan doktor dari Universiti Stanford.
Rawatan tersebut, yang melibatkan penggunaan bahan psikoaktif daripada tumbuhan Ibogaine, dikatakan boleh merawat kecederaan otak trauma (TBI), PTSD, kegelisahan dan kemurungan.
“Saya bertuah dapat bertemu doktor paling progresif dari Universiti Stanford dan menjalani beberapa siri rawatan untuk menangani trauma. Saya pergi ke Tijuana, Mexico, dan menjalani rawatan Ibogaine di AMBIO,” tulis McGregor di X.
McGregor turut berkongsi pengalaman spiritual yang mendalam semasa rawatan itu: “Ia sungguh luar biasa, intens, dan benar-benar membuka mata.
“Saya ditunjukkan bagaimana kematian saya sepatutnya berlaku — betapa hampirnya ia, dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada anak-anak saya.
“Saya melihat diri saya dari atas, dan kemudian melihat dari dalam keranda. Tuhan datang kepada saya dalam bentuk Holy Trinity.”
Dia kemudian mendakwa: “Saya turut melihat Jesus turun dari tangga marmar putih syurga dan memahkotai saya” ketika rawatan tersebut.
“Saya diselamatkan! Otak saya. Hati saya. Jiwa saya. Sembuh! Saya berada di bawah (kesan rawatan) selama 36 jam sebelum akhirnya berehat.
“Bila saya terjaga, saya kembali menjadi diri saya. Pengalaman paling membuka mata dan paling mempesonakan yang pernah saya alami.
“Rawatan ini memang sangat, sangat sukar, tetapi ia benar-benar menyelamatkan nyawa saya, dan seterusnya menyelamatkan keluarga saya.”
“Terima kasih atas segala inspirasi, motivasi, galakan, doa dan sokongan anda! Doa itu berhasil! Saya seperti kanak-kanak semula — tetapi kali ini dengan kebijaksanaan seorang dewasa!”
Ibogaine adalah ubatan atau dadah yang tidak diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat.
Risiko ibogaine
Namun, penyelidik perubatan Stanford sebelum ini menyokong potensi penggunaannya selepas mendakwa ia dapat mengurangkan PTSD, kegelisahan, kemurungan dan memperbaiki fungsi pesakit veteran TBI, apabila digabungkan dengan magnesium untuk melindungi jantung (laporan Januari 2024).
Namun, kajian oleh Universiti Virginia School of Medicine menyatakan bahawa ubat ini juga mempunyai risiko, termasuk kesan psikologi tidak diingini dan kardiotoksisiti, iaitu kerosakan jantung akibat bahan tertentu.
Khabib cadangkan dia datang Dagestan tak perlu ambil ibogaine
Khabib Nurmagomedov yang merupakan seteru utamanya menyatakan bahawa pusat rehabilitasinya di Dagesta sudan membantu lebih 50 orang yang ketagih barang terlarang untuk pulih.
“Mengikut perkiraan saya, seramai 56 bekas penagih, saya rawat di pusat rehabilitasi di Dagestan. Datang ke Dagestan Conor McGregor, saya akan jaga kamu di sini. Mexico, mereka tidak membantu kamu, itu yang saya nampak setakat ini.”
My count is 56 former drug addicts, at my rehabilitation centers in Dagestan, that I treated.
Come to Dagestan @TheNotoriousMMA they'll take care of you here.
Mexico didn't help you, as far as I can see. pic.twitter.com/yZBc8gmkob— khabib nurmagomedov (@TeamKhabib) November 26, 2025