Pelari pecut dari Melaka Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan 10.18 saat pada saingan Sukma 2016 di Stadium Sarawak sebentar tadi. Rekod 100 meter kebangsaan sebelum ini dipegang oleh Watson Nyambek dengan catatan masa 10.30 saat pada 1998.
“Saya tidak berharap untuk memecahkan rekod kebangsaan ini kerana tujuan awal saya hanya untuk mengalahkan Badrul untuk pingat emas,” kata Khairul. Beliau sebelum ini menang pingat emas 100 meter di kejohanan Asian Junior Championship di Vietnam bulan lepas.
Masa Khairul Hafiz untuk 100m di Sukma 10.18 rekod kebangsaan baharu. Rekod Sukan SEA 10.17. Emas Sukan SEA 2015 10.25. Ada harapan @KL2017!
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) July 27, 2016
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin nampak sangat gembira dengan pencapaian Khairul ini. Harap-harap Khairul diberi tumpuan lebih oleh KBS supaya beliau boleh pergi jauh dalam sukan ini. All the best buat Khairul Hafiz di masa akan datang!