Khairy Jamaluddin sudah sedia untuk menjadi bintang filem selepas ini.

Khairy Jamaluddin antara tokoh politik yang serba boleh dan suka mencabar dirinya terlibat dalam pelbagai aktiviti dan bidang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kini beliau juga seorang DJ di Hot FM, telah memberikan bayangan bahawa beliau bakal berlakon di layar perak.

Dipetik dari sumber BH Online, bekas Menteri Belia Dan Sukan serta Menteri Kesihatan itu berkata beliau kini pada fasa perbincangan dengan beberapa orang penerbit filem.

Khairy Jamaluddin yang turut mesra dengan panggilan KJ berkata: “Sekarang saya dalam perbincangan dengan beberapa penerbit filem dan kena tunggulah pengumuman nanti.”

Bercakap soal watak yang bakal dimainkannya nanti, KJ menegaskan bahawa beliau mahu peminat menunggu sehingga pengumuman rasmi perkara itu dibuat kelak.

KJ mahu memberikan kejutan kepada peminat tentang peranan yang bakal digalasnya. Jadi buat masa ini beliau tidak ada komen lebih lanjut tentang perkara itu.

Apa yang pasti Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa beliau sedang berbincang dengan penerbit filem untuk terlibat dalam projek tersebut.

Ramai peminat yang sudah tak sabar untuk menyaksikan Khairy Jamaluddin tampil sebagai bintang filem pula. Sebelum ini beliau pernah berlakon sebagai cameo dalam drama.

Ketika itu ramai peminat memuji mutu lakonan KJ. Namun berlakon filem pastinya sesuatu yang lebih besar untuk beliau.