Pada hari semalam tular klip video menunjukkan bendera negara Israel berkibar semasa program solidariti di Kelantan.
Sehubungan itu Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan tampil menjelaskan isu berkaitan.
Baca Juga:
- Polis Siasat Video Tular Pelekat Bahasa Israel Pada Trak Pikap

- ‘Biar Padan Muka Kamu Semua’ – Rakyat Israel Nekad Tak Mahu Melancong Ke Negara Iktiraf Palestin

- Prabowo: Jika Israel Mengiktiraf Palestin, Indonesia Akan Mengiktiraf Israel

Tindakan mereka mengibarkan bendera Israel ketika Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza petang kelmarin dalah bertujuan lakonan semula sebagaimana yang berlaku terhadap sukarelawan Global Sumud Flotila, petik Harian Metro.
“Tidak ada niat langsung untuk kami mengagungkan Israel dengan mengibarkan bendera berkenaan sebaliknya bendera itu wujud bagi memberi situasi jelas kepada masyarakat yang hadir.
“Sebaik lakonan itu tamat, bendera itu juga dipijak sebagai tanda kemarahan kepada negara berkenaan.
“Saya yakin hampir 10,000 pengunjung membabitkan hampir 1,000 bot yang menyertai program pada hari berkenaan tidak membangkitkan isu bendera kerana memahami apa yang ingin kami sampaikan,” katanya ketika dihubungi.
Oleh itu, beliau berharap agar mana-mana pihak tidak membesarkan isu berkenaan sebaliknya mesej yang ingin disampaikan adalah lebih penting.
Tambah beliau, itu adalah penganjuran kali ketiga pihaknya berkaitan Palestin sejak 2023.