Usahawan dan influencer, Kieda Crepe dengan selamba menyalahkan suaminya yang pengotor sebagai punca dia mendapat jangkitan herpes.
Apa itu herpes
Herpes adalah penyakit menular yang disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV). Di mana herpes akan menyebabkan lepuhan atau luka pada kulit, terutama di kawasan mulut atau alat kelamin.
Meskipun tidak berbahaya, herpes boleh menyebabkan ketidaknyamanan dan rasa sakit.
Kieda Crepe salahkan telur suami punca dapat herpes
Kieda Crepe menyalahkan suaminya sebagai punca. Dia berkata: “Herpes ke ini? Saya rasa [sebab] telur dia masam.”
Kieda crepe kena herpes, dia salahkan suami dia "telur masam". pic.twitter.com/Q2E448q6m3
— Bbie. (@twtbiy) June 21, 2025
Di ruangan komen, netizen menganggap Kieda Crepe sendiri yang mengaibkan diri sendiri, walaupun dia mungkin hanya bergurau. Namun apa yaang dia kata itu tidak kena pada tempatnya dan juga tidak sesuai untuk dikongsikan dengan pengikutnya di media sosial.
Selain itu ada juga yang kasihan dengan suami Kieda yang tidak pasal pasal menjadi mangsa dituduh tidak jaga kebersihan.
Kenyataan Kieda Crepe ini juga mengundang andaian orang ramai tentang hubungan ‘dalam kelambu’ dia dan suaminya.
Padahal menurut mereka, herpes juga adalah gejala yang sangat biasa pada masa ini, boleh berjangkit melalui sudu atau garfu yang digunakan di kedai makan sekalipun, ataupun menerusi bahan solekan yang dicuba di kedai oleh ramai orang.
Netizen mempersoalkan tindakan Kieda yang dengan spontan terus menuduh telur suaminya masam sebagai punca dia mendapat herpes.
Lebih lebih lagi dia berkongsi video tersebut di media sosial.
Ko nk bergurau agak2 laa .. dah laa record pastu post , prangai dia betul2 low class , kalau jdi org kaya pon mmng takde class langsung
— PinkVenom (@sundalela23) June 21, 2025
Ada juga yang simpati dengan suami yang menurut mereka menunjukkan reaksi tergamam malu dengan kenyataan isterinya.
Kieda punya nak kan attention sampai benda memalukan macam ni pon nak share do socmed. Feel sorry for the husband.
Dah takda taboo lagi ke?— Anuar Aziz (@SaifulA77188378) June 21, 2025