Raya semakin dekat, mesti ramai antara anda yang mahu tampil berseri-seri dengan penuh keyakinan! Kami yakin anda juga sama bukan?
Pada tahun ini, Kiehl’s membawa kelainan dengan pelancaran mini siri eksklusif, Cahaya Raya.
Sebuah kisah menyentuh hati yang bukan sekadar cerita cinta tetapi juga perjalanan menemui sinar diri yang sebenar.
Bukan Sekadar Cinta – Tapi Tentang Diri Sendiri Juga!
Dalam mini siri Cahaya Raya, penonton akan mengikuti perjalanan Raya, seorang wanita yang mencari keyakinan dalam dirinya selepas melalui cabaran hidup di saat Hari Raya yang bakal tiba.
Menerusi sokongan keluarga dan rakan-rakan, dia akhirnya menemui sinar kejelitaannya yang sebenar dan berani melangkah ke hadapan.
Dibawakan khas sempena musim perayaan ini, siri ini mengetengahkan tema self-love, self-development dan sokongan keluarga yang pastinya dekat di hati rakyat Malaysia.
Kenapa Kiehl’s Pilih Untuk Buat Mini Siri?
Kiehl’s terkenal dengan produk penjagaan kulit yang menggunakan bahan semula jadi dan formula yang terbukti secara dermatologi. Kali ini, mereka mengambil langkah berbeza dengan mempersembahkan mesej mereka dalam bentuk hiburan yang santai, tetapi penuh makna.
Siri ini bukan sahaja memaparkan perjalanan Raya, tetapi juga bagaimana seseorang boleh meningkatkan keyakinan diri dengan memiliki kulit yang sihat dan bersinar.
Sinaran Wajah, Keyakinan Terserlah!
@mykiehls Ep. 1: Puas betul tengok Raya jerit macam tu. Kalau korang pula, agaknya apa yang buat korang rasa nak menjerit sekarang? Nantikan episod #KiehlsCahayaRaya seterusnya yang akan datang tak lama lagi! #MYKiehls
Ramai orang masih mempunyai tanggapan bahawa Kiehl’s hanya sesuai untuk kulit matang atau terlalu mahal untuk dicuba. Namun, dengan adanya consultant peribadi dan ujian produk sebelum pembelian, Kiehl’s membuktikan bahawa setiap individu boleh mendapatkan penjagaan kulit yang bersesuaian tanpa rasa ragu-ragu.
Menerusi mini siri ini, Kiehl’s ingin menyampaikan mesej penting kepada rakyat Malaysia iaitu ‘Find your light, radiate your glow!’
Tidak kira di mana anda berada dalam perjalanan hidup, keyakinan bermula dari dalam diri. Dari kulit yang sihat, pasti lebih mudah untuk bersinar dengan penuh keyakinan.
Jadi, jangan lupa untuk saksikan Cahaya Raya di TikTok Kiehl’s dan rasai sendiri kehangatan kisah yang pasti menggamit emosi anda. Raya ini, sudah bersediakah anda untuk menemui sinar diri anda?
Cahaya Raya turut menampilkan dua produk kulit yang sangat berkesan dari Kiehl’s
Pertama sekali, Kiehl’s Clearly Corrective Daily Re-Texturizing Triple Acid Peel menawarkan 5.5% AHA (Asid Glikolik dan Asid Laktik), 0.18% BHA (Asid Salisilik) dan 3.0% PHA (Gluconolactone) membantu Raya mengurangkan penampilan pori-pori wajah serta meningkatkan kelembutan dan kelembutan kulitnya.
Bukan itu sahaja, penggunaan bahan Copper Gluconate menjadikan kulit Raya tenang dan bebas daripada ketidakselesaan.
Sebuah lagi produk yang menonjol dalam siri ini ialah Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution iaitu serum yang meningkatkan keserian dan kejelasan Raya.
Dirumus dengan Activated C dan Proxylane, formula ini membantu menyokong Raya dengan meningkatkan kolagen semulajadi kulitnya.
Khas buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita Raya sepenuhnya, anda boleh lawati halaman TikTok Kiehl’s di SINI.
Buat anda yang juga ingin meningkatkan keserian kulit anda sendiri dan meningkatkan keyakinan diri, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian penjagaan kulit terbitan semula jadi Kiehl’s di SINI.