Pastinya setiap orang pastinya mahukan makanan yang dijamah hadir daripada sumber yang bersih serta bebas daripada kotoran bermula daripada cara penyediaan sehinggalah sebelum dimakan.

Namun lain ceritanya dengan sebuah kilang roti di Jalan Kuchai Lama ini yang dikesan menggunakan sumber air dari tandas di premis berkenaan untuk menghasilkan roti.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
120063406_2463451283948023_957824055638081362_n
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
119891173_2463451363948015_3886810303376615108_n
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
120129071_2463451433948008_6049716654455988331_n (1)
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Berdasarkan hasil siasatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lantai premis itu  didapati basah serta kotor dengan sisa makanan selain dinding tempat penyediaan makanan berdaki hitam. Melihatkan keadaan yang sangat terus, pihak DBKL telah mengarahkan kilang roti ini ditutup bermula hari ini selepas pemeriksaan dijalankan.

Menurut DBKL, difahamkan seramai enam anggota  mendapati tahap kebersihan premis berkenaan tidak memuaskan manakala bahan mentah sekadar diletakkan di atas lantai. Lebih mengejutkan, terdapat juga kesan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah di kilang terbabit.

120033267_2463451460614672_2336397000493673512_n (1)
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
119920326_2463451150614703_6458579337901328922_n
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Orang ramai serta netizen nyata terkejut dengan keadaan kilang ini serta mula menyiasat nama kilang yang sanggup menyediakan roti dalam keadaan kotor dan jijik ini.

Pada tahun lalu, tular sebuah gambar keadaan dapur restoran makanan Thai yang sangat kotor di Melaka.

Netizen Terkejut Lihat Keadaan Dapur Restoran Makanan Thai Yang Sangat Kotor Di Melaka

Tonton Pekerja Restoran Raj’s Banana Leaf, Bangsar Basuh Talam Dengan Air Kotor