Kerajaan Korea Utara melarang warganya daripada memelihara anjing, kecuali untuk dimakan atau mengumpul bulu mereka.

Korea Utara di bawah pemerintahan Kim Jong Un dikenali sebagai negara komunis di Asia Timur yang diperintah secara diktator. Terdapat banyak peraturan ketat yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk rakyatnya yang kadangkala tidak masuk akal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan DailyMailUK, baru-baru ini kerajaan Korea Utara mengumumkan peraturan baharu berhubung buat rakyatnya yang mempunyai keinginan untuk memelihara anjing di rumah.

Peraturan ini disebarkan melalui Kesatuan Wanita Sosialis Korea, menurut satu sumber di Wilayah Pyongan Selatan.

Peraturan itu menyatakan bahawa mempunyai anjing dan kucing sebagai haiwan peliharaan boleh menyebabkan pemilik melanggar prinsip negara dan dituduh melawan ideologi sosialisme.

“Melayan anjing sebagai ahli keluarga, dengan tidur dan makan bersama ahli keluarga, adalah tidak serasi dengan gaya hidup sosialis dan harus dielakkan,” kata sumber itu.

Kerajaan juga mengecam tindakan rakyatnya yang memakaikan anjing mereka dengan pakaian.

Kebiasaan orang Korea Utara memelihara anjing telah muncul pada awal tahun 2000-an. Pada masa itu anjing dipelihara sebagai pengawal.

Sebenarnya tidak menjadi masalah bagi orang Korea Utara untuk memelihara anjing, asalkan matlamatnya adalah untuk memakan daging anjing tersebut atau mengambil bulu mereka untuk dijadikan pakaian.

“Amalan mendandani anjing seolah-olah mereka manusia, meletakkan reben yang cantik di rambut mereka, membungkusnya dengan selimut, dan mengebumikannya apabila mereka mati adalah tingkah laku borjuasi. Ini (memelihara anjing) adalah salah satu cara orang kaya membazirkan wang dalam masyarakat kapitalis,” sambung sumber itu.

Kerajaan Korea Utara terus menekankan bahawa anjing harus dipelihara mengikut sifat mereka, kemudian dimakan untuk dagingnya apabila mereka mati. Oleh itu, semua aktiviti memelihara anjing di luar tujuan adalah dilarang.