Pemimpin utama Korea Utara Kim Jong Un kelihatan mengesat air mata ketika merayu agar wanita di negaranya untuk mengandung bagi menyelesaikan masalah penurunan kadar kelahiran di negara itu, lapor SkyNews.

Kim dilihat mengusap matanya dengan sapu tangan dalam detik penuh emosi yang jarang berlaku semasa dia berucap pada Mesyuarat Ibu Kebangsaan di Pyongyang.

Baca Juga:

Beliau kelihatan cuba menahan sebak sepanjang ucapannya sambil menyeru wanita untuk membantunya mengukuhkan masa depan negara.

“Menghentikan penurunan kadar kelahiran dan menyediakan penjagaan dan pendidikan anak yang baik adalah semua urusan keluarga kami yang harus kami selesaikan bersama ibu kami,” kata Kim.

Dalam satu laporan, pakar percaya ramai keluarga di Korea Utara tidak mempunyai lebih daripada seorang anak kerana “mereka memerlukan wang tambahan untuk membesarkan anak-anak”.

Angka kadar kelahiran yang tepat sukar untuk diperoleh kerana data yang didedahkan oleh Korea Utara sangat terhad.

Melalui penilaian kerajaan Korea Selatan menunjukkan kadar kesuburan bagi Korea Utara telah jatuh sejak 10 tahun lalu.

Purata bilangan bayi yang dijangka dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang hayatnya ialah 1.79 di Korea Utara pada 2022, turun daripada 1.88 pada 2014.

Penurunan itu masih lebih perlahan berbanding di Korea Selatan, di mana kadar kelahiran tahun lepas ialah 0.78, turun daripada 1.20 pada 2014.

Sumber