Bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon membimbing kelabnya iaitu Ulsan HD mara ke perlawanan akhir saingan Piala FA Korea musim ini.
Kejayaan itu diraih selepas Ulsan menewaskan Gwangju FC dengan keputusan 3-2 secara agregat pada aksi separuh akhir sekaligus menempah tempat di pentasi final.
Baca Juga:
- Kim Pan Gon Tak Tahu Kekuatan Serangan JDT
- RASMI: Kim Pan Gon Dilantik Sebagai Pengurus Ulsan HD FC
- Kim Pan-gon Kecewa Ada Pemain Utamakan Kelab Berbanding Negara
Reaction of Kim Pan-Gon after Yago Cariello made a victory goal for Ulsan HD FC won Gwangju FC 1-0 in the semi-final Korean FA Cup 2024
🎥 : Sky Sports Korea#KoreanFACup #코리아컵 #UlsanHD #KimPanGon#SNESports pic.twitter.com/mnKF99MsYr
— SNEsports (@SNE_Sports) August 28, 2024
Ulsan memenangi aksi separuh akhir pertama dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal pemain import iaitu Yago Cariello pada 21 Ogos lalu.
Pada perlawanan kedua yang berlangsung semalam, Ulsan dan Gwangju terikat dengan keputusan seri 2-2 dan kelebihan yang dimiliki oleh Ulsan membolehkan mereka mara ke perlawanan akhir.
Rata-rata peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa gembira untuk Kim Pan-gon di atas kejayaan ini dan mereka mahu Ulsan untuk muncul juara Piala FA Korea musim ini.
Peminat masih sukar untuk menerima keputusan Pan-gon yang meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan atas beberapa faktor.
Kumpulan penyokong iaitu Ultras Malaya memutuskan untuk memboikot kejohanan Pestabola Merdeka 2024 dimana mereka menganggap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal untuk mengendalikan isu yang berlaku dalam arena bola sepak tanah air.
Salah satu sebab yang dibangkitkan oleh mereka ialah pemergian Pan-gon dari skuad kebangsaan yang dianggap secara tiba-tiba sekaligus meninggalkan banyak persoalan.
Bekas pembantu kepada Pan-gon iaitu Pau Marti Vicente diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad senior negara dalam perlawanan antarabangsa selepas ini.
Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 iaitu Separuh Akhir menentang Filipina pada Rabu, 4 September 2024, jam 9.00 malam. Satu lagi perlawanan Separuh Akhir menemukan Lubnan dan Tajikistan pada hari yang sama, jam 4.30 petang.
Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan bertemu di Final pada Ahad, 8 September 2024, jam 9.00 malam manakala dua pasukan yang tewas pada Separuh Akhir akan bertemu untuk perlawanan Penentuan Tempat Ketiga pada hari sama, jam 4.30 petang.