Ketua jurulatih Harimau Malay, Kim Pan Gon mengakui tidak berpuas hati dengan keadaan terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas melawat venue itu kelmarin.
Bagaimanapun, pihak konsultan SNBJ memberi jaminan padang berkenaan akan berada pada tahap terbaik ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman, 26 Mac ini.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Berpontesi Jadi Mangsa ‘Scam’, Ini Nasihat Peguam Hartanah Buat Pembeli Tanah Lot Tanpa Geran Individu
“Semalam kualiti padang tidak bagus tetapi mereka yakin dapat menyediakan keadaan padang yang baik sebelum hari perlawanan.
“Jadi saya percaya apa yang mereka katakan. Saya kata sangat mengecewakan, tetapi mereka kata anda bukan bermain bola esok, dia sangat yakin selepas dua minggu, padang akan berada dalam keadaan terbaik,” kata Kim Pan Gon kepada pihak media.
Sebelum ini, peminat meluahkan kebimbangan terhadap keadaan padang di SNBJ selepas venue itu digunakan untuk konsert artis ternama iaitu Ed Sheeran yang berlangsung pada 24 Februari lepas.
Pentas untuk konsert Ed Sheeran diletakkan di tengah padang 🙃
📷 pemilik gambar pic.twitter.com/v8zKt4ioUf
— VOCKET FC (@vocketfc) February 23, 2024
Pentas bagi konsert tersebut diletakkan di kawasan tengah padang dengan sebahagian rumput turut dicabut bagi meletakkan asas.
Ianya sekaligus menimbulkan persoalan sama ada akar rumput sempat mencengkam tanah sebelum aksi menentang Oman nanti.
Konsert Coldplay pernah meninggalkan kesan yang buruk terhadap permukaan padang dimana terdapat bahagian rumput yang tercabut dan tidak rata ketika digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu.
Situasi itu menyebabkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerima kecaman dan kritikan hebat daripada pelbagai pihak.