Cinta bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon masih ada untuk Malaysia dimana beliau mengucapkan selamat Hari Merdeka yang disambut oleh negara ini pada 31 Ogos lalu.
Menerusi laman media sosial miliknya, Pan-gon memuat naik gambar yang terdapat bendera Malaysia sambil menulis selamat menyambut Hari Merdeka untuk Malaysia.
Baca Juga:
- Hamidin Sifatkan Kim Pan-gon Seperti Orang Gila Talak
- Kim Pan-gon Bimbing Ulsan HD Mara Ke Perlawanan Akhir
- RASMI: Kim Pan Gon Dilantik Sebagai Pengurus Ulsan HD FC
“Malaysia yang indah, tahniah untuk hari kemerdekaan,” tulis Pan-gon.
Walaupun dianggap sebagai orang gila talak oleh presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin, namun cinta dan kasih sayang Kim Pan-gon untuk bekas pasukan asuhannya tidak pudar.
Baru-baru ini, Hamidin mendedahkan kisah sebenar versi beliau mengenai situasi Pan-gon ketika pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan pasukan negara dan kembali ke negaranya.
“Mulanya saya minta beliau bertahan sehingga kontrak habis. Keesokan harinya beliau jumpa saya lagi, minta lagi macam ‘orang gila talak’ dan saya kata padanya tunggu sehingga hujung tahun ini pula.
“Tapi hari ketiga, hari sebelum saya pergi ke Mallorca (untuk meninjau persiapan atlet negara untuk Sukan Olimpik), beliau merayu untuk saya lepaskan juga.
“Akhirnya saya bersetuju. Saya tahu keputusan saya itu akan membuatkan peminat marah kepada FAM, tapu ini kebenaran yang peminat perlu tahu.
“Saya kecewa kerana FAM jadi mangsa sedangkan apa yang dilakukan Pan-gon memang tak profesional. Beliau tak cerita hal sebenar rupanya nak pergi ke Ulsan Hyundai tapi beri alasan mengenai keluarga,” katanya.