Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik tidak menyangka pasukannya tewas dengan jaringan besar ketika menentang Malaysia.
Vietnam tewas dengan keputusan 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Baca Juga:
- João Figueiredo Teruja Dengan Sokongan Rakyat Malaysia
- Analisis Taktikal: Peter Cklamovski Tak Perlukan ‘Rocket Sciene’ Untuk Ajar Vietnam
- Kelayakan Piala Asia 2027: Harimau Malaya Belasah Vietnam 4-0
Jaringan dari João Figueiredo, Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin-Ong dan Dion Cools sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat Malaysia.

Kim Sang-sik Terkejut
“4-0 adalah keputusan yang tidak saya jangkakan. Pemain dan peminat sudah pasti kecewa dengan keputusan malam ini (semalam).
“Saya bertanggungjawab dengan kekalahan ini.
“Saya rasa kita perlu menerima hakikat bahawa pasukan Malaysia telah menjadi lebih kuat berkat pemain naturalisasi baharu.

“Akan tetapi, bola sepak sentiasa mempunyai ruang untuk keajaiban. Jika kami bersedia dengan baik untuk perlawanan di Hanoi, saya rasa kami masih mempunyai peluang untuk menebus semula,” kata Sang-sik.
Kemenangan ke atas Vietnam meletakkan Malaysia di puncak kumpulan F dengan enam mata diikuti skuad The Golden Stars (3 mata), Laos (3 mata) dan Nepal (0 mata).