Kingsley Coman mempertahankan pemain pada hari ini tidak terlalu menunjukkan skil macam era Ronaldinho atau Romario dahulu.
Ini kerana menurutnya, pemain pada hari ini mementingkan aspek kecekapan atau efesiensi dalam gerakan.
Coman menegaskan, pemain dahulu seperti Ronaldinho atau Jay Jay Okocha, kerap membuat skil yang melengahkan tempo permainan dan tidak ada ancaman segera.
Coman berpendapat mendapatkan gol lebih penting berbanding menunjukkan skil untuk meraih emosi peminat.
Kingsley Coman: ‘Skil tidak menjamin kemenangan’
Selain itu menurut Coman, skil tidak menjamin kejayaan seseorang untuk bermain di peringkat tertinggi.
Hanya ada beberapa pemain elit pada hari ini yang mampu berjaya beraksi di peringkat tertinggi dengan mempamerkan skil mereka seperti Neymar dan Vinicius.
Yang lain lebih fokus kepada cara paling berkesan dan cara untuk menang. Dan Coman juga percaya Vinicius sekarang sudah kurang mempamerkan skil, di mana dia lebih fokus kepada permainan pantas.
Coman ditanya, kenapa pemain sekarang tidak seperti Ronaldinho atau Jay Jay Okocha yang sangat menghiburkan.
Okocha and Ronaldinho playing in the same game during a game between Nigeria and Brazil in 2003. pic.twitter.com/2ZFQnQ1XA8
— Africa Facts Zone (@AfricaFactsZone) January 6, 2024
Kingsley Coman berkata: “Anda membandingkan pemain sekarang kurang sentuhan macam Ronaldinho atau Jay Jay Okocha.
“Alasannya, pemain sekarang mahukan cara lebih efisien.
“Mungkin ada pemain seperti ini, namun itu tidak menjamin kamu sampai ke UCL atau sampai ke tahap tertinggi hanya dengan skil seperti pemain tersebut.
“Namun ada pemain yang mampu, seperti Neymar. Malah Vinicius sekarang pun sudah semakin kurang menunjukkan skil kerana menekankan aspek permainan lebih efisien.
“Sebab itu dia mulai kurang melakukan aksi ‘flick’ dan perkara seumpamanaya.
“Akhir sekali, jika kamu mahu benar benar menjadi sangat efisien, kamu tidak boleh memberikan keseronokan. Kamu harus mendapatkan keseimbangan dalam semua aspek.
“Sekarang ini pemain pemain lebih fokus untuk menang berbanding memberikan emosi kepada penyokong.
“Faktor kedua, saya rasa pertahanan pada hari ini telah banyak berubah berbanding dahulu. Misalnya, saya sendiri, tidak banyak mendapat peluang 1 lawan 1.
“Dan jika saya berdepan situasi 1 lawan 1, saya kena bertindak pantas, sebab saya tahu, akan ada pertahanan lain yang pantas datang kepada saya, jadi saya tiada masa untuk membuat sehingga 3 step over.
“Jadi saya akan terus mengambil tindakan pantas sebab saya tak nak pemain lawan datang kepada saya,” tegas Kingsley Coman kepada Rio Ferdinand.
Kingsley Coman was asked his favorite English club and he said Bolton, cause he used to love watching Jay Jay Okocha. Jay Jay is his favourite player after Ronaldinho. pic.twitter.com/PiLVV2ZlSW
— Ngozi (@Ngozioliseozuem) January 11, 2025