Tidak terhenti dengan ciri panggilan video berkumpulan yang baharu,Instagram terus memperkenalkan ciri terbaharu yang membenarkan anda berkongsi Insta Stories kepada kenalan terdekat sahaja. Pengguna boleh menggunakan ciri ini dengan menyenaraikan kenalan rapat yang boleh diubah melalui pilihan di akaun anda.
Hanya rakan yang tersenarai sahaja boleh melihat kandungan Insta Stories anda apabila anda memilih “Close Friend” sebelum anda memuat naik Story tersebut.
Seperti biasa jika anda hendak menggunakan ciri ini, anda dikehendaki untuk mengemaskini aplikasi Instagram anda kepada versi yang terkini. Kemaskini boleh dibuat di Google Play dan App Store.
Bolehlah anda muat naik gambar tanpa membuatkan pihak lain “terasa” selepas ini.