Singapore Airlines(SIA) memperkenalkan rekaan kabin serba baharu untuk pesawat Airbus A380 mereka. Untuk kabin kelas pertama, mereka mengurangkan ruang suite daripada 12 kepada hanya 6 untuk memberikan rasa lebih eksklusif dan privacy untuk setiap penumpang yang menempah penerbangan kelas pertama.

Apa yang menarik untuk penerbangan terbaru kelas pertama dengan Singapore Airlines ini? Terdapat satu kerusi kulit, ruang simpanan yang luas serta katil yang selesa dibuat khas di Perancis. Bukan itu sahaja, terdapat juga HDTV 32″ untuk kepuasan menonton filem yang ditawarkan. Dua suites boleh digabung untuk menjadi satu ruang yang lebih besar.

Penerbangan pertama untuk Airbus A380 ini akan bermula 18 Disember ini ke Sydney. Kalau anda sedang berkira-kira untuk ke Sydney bulan hadapan, bolehlah cuba kelas pertama kalau ada bajet lebih. Pasti tidur lena anda di atas penerbangan nanti.

SIA 2

SIA 3

Sia 4