Pada awal bulan Januari lalu, seorang pakar restorasi kereta Nissan Skyline R34 dari New York menjangkakan harga model kereta ini akan terus meningkat pada tahun 2024 oleh kerana nilai budaya dan artistik yang ada pada kereta tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar dari New York tersebut nampaknya telah menjadi realiti apabila baru-baru ini sebuah kedai pameran dan jualan kereta di Johor telah menawarkan Nissan Skyline R34 GTR V-Spec II Nur pada harga RM2 juta.

Ternyata hantaran Facebook mengenai tawaran model kereta tersebut menjadi bualan netizen yang terdiri daripada peminat-peminat JDM. Ada yang mengatakan memang itu harga pasaran sekarang oleh sebab kereta buatan tahun 2002 tersebut merupakan model rare, hanya 156 unit berwarna ‘Millennium Jade’ sahaja dibuat untuk pasaran dunia.

Namun, lebih ramai lagi yang memberikan kritikan bahawa harga kereta tersebut telah dispekulasikan oleh pengguna internet, lebih-lebih lagi model Nissan Skyline R34 pernah digunakan di dalam beberapa buah filem Fast and Furious serta pernah dipandu oleh mendiang Paul Walker yang pernah membintangi filem tersebut lalu menyebabkan harga kereta melonjak naik sehingga jutaan ringgit.

vocket-kedai-johor-tawar-nissan-skyline-r34-rm2-juta-1
Sumber Gambar: Facebook Mutiara Motors
vocket-kedai-johor-tawar-nissan-skyline-r34-rm2-juta-6
Sumber Gambar: Facebook Mutiara Motors
vocket-kedai-johor-tawar-nissan-skyline-r34-rm2-juta-2
Sumber Gambar: Facebook Mutiara Motors
vocket-kedai-johor-tawar-nissan-skyline-r34-rm2-juta-5
Sumber Gambar: Facebook Mutiara Motors
vocket-kedai-johor-tawar-nissan-skyline-r34-rm2-juta-3
Sumber Gambar: Facebook Mutiara Motors
vocket-kedai-johor-tawar-nissan-skyline-r34-rm2-juta-4
Sumber Gambar: Facebook Mutiara Motors

Majoriti netizen mempertikaikan sebuah kereta dari Jepun yang berusia lebih 20 tahun dijual pada harga RM2 juta adalah tidak munasabah dan lebih baik gunakan wang tersebut untuk membeli model kereta berkuasa tinggi yang terbaru seperti Lamborghini Aventador SVJ, McLaren 720S dan Ferrari 488 Pista.

Namun, tidak terkejut jika kereta tersebut terjual jika ada pembeli yang sanggup membayarnya kerana masih ada orang di luar sana menantikan saat ini. Bukan semua kereta adalah satu liabiliti, seperti kereta-kereta model JDM ia sudah menjadi ‘aset’ yang boleh kita namakan ‘JDMcurrency’;

‘Semakin lama disimpan kereta tersebut, semakin tinggi nilai pasarannya.’

Sedikit info ringkas mengenai model ini, Nissan Skyline R34 GTR V-Spec II Nur menggunakan enjin RB26 2.6-liter twin-turbocharged inline-six yang menghasilkan 330hp dan hanya 718 unit sahaja dibuat (156 unit berwarna ‘Millennium Jade’).

Nama ‘Nur’ tersebut digunakan sebagai penghormatan kepada Nürburgring, sebuah litar di Jerman yang sering digunakan untuk pandu uji kereta-kereta baru selama hampir 100 tahun.

Sebelum ini ada pemilik Nissan Skyline R34 tempatan mahu menjual kereta miliknya pada harga RM750,000. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Persis Model Paul Walker, Pemilik Skyline R34 Ini Mahu Menjualnya Pada Harga RM750,000

Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun

Dibida Pada Harga RM2.2 Juta, Ini Toyota Supra Termahal Di Dunia