Siapa sangka dengan satu keputusan membuka sebuah kedai gunting rambut kini memiliki 4 cawangan kedai gunting rambut. Kedai gunting rambut yang dikenali sebagai PAPA HAIR DRESSING ini dibuka oleh Zulfa Kamaruzaman dengan hanya bermodalkan RM1,000 sahaja untuk melengkapi kedainya sehinggalah kedainya diketahui umum dan memiliki 4 cawangan di sekitar Lembah Klang.
Sedia maklum, Zulfa Kamaruzaman ini pernah bekerja sebagai penggunting rambut di United Kingdom dan menjadikan itu satu pengalaman yang berharga buatnya. Pastinya buat anda yang pernah menbaca kisahnya menjadi seorang penggunting rambut dengan menimba pengalaman di UK akan menjadikan beliau sebagai idola untuk berusaha keras mencapai kejayaan.
Menariknya, beliau tidak berhutang ataupun membuat pinjaman untuk membuka keempat-empat cawangan kedai gunting rambutnya. Beliau yang merupakan seorang pengumpul koleksi barangan vintage sanggup menjual koleksi kesayangannya hanya untuk mengumpul modal membuka kedai dan membeli barang keperluan untuk kedainya.

Untuk pengetahuan anda, Zulfa Kamaruzaman telah membuka kedai pertamanya kira-kira 16 tahun lalu dan cawangan keempatnya dibuka hari ini dimana membawa tema berkonsepkan Bali. Bagi cawangan yang keempat ini, kira-kira RM35 ribu perbelanjaan digunakan untuk mendekorasi dan membeli peralatan menggunting rambut.
Menariknya, idea untuk mendekorasi kedai-kedai miliknya merupakan ilham dari Zulfa sendiri. Malah, sebahagian barang-barang yang dibeli merupakan barangan secondhand dimana beliau mencari sendiri. Bagi beliau, untuk menghasilkan konsep yang unik dan membuatkan suasana nampak mahal tidak memerlukan barang yang mahal tetapi pemilihan barang tersebut yang penting.
Sepanjang penglibatan beliau dalam perniagaan ini, cabaran bagi beliau dari dulu hingga sekarang adalah apabila beliau sendiri melangkah untuk merealisasikan setiap apa yang dilakukan.
Malah, beliau telah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan. Malah, bagi beliau selagi beliau mampu untuk lakukan sesuatu itu sendiri, beliau tidak akan meminta pertolongan orang lain kerana itu adalah prinsip beliau.
Bagi anda yang ingin menggunting rambut di sini, lokasi cawangan kedai gunting rambut ini adalah beralamat no 56 Jalan 29 Selayang Baru atau boleh waze dan google ‘papa barbershop’.
Baca lagi: Mahu Jadi ‘Barber’ Yang Berjaya Bawa Anak Yatim Ini Berkelana Timba Pengalaman Di UK