Sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Malah, kerajaan turut telah mengumumkan kelonggaran 9 industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.
Sebut tentang perkhidmatan gunting rambut, pasti ada daripada anda sudah mula rimas dengan keadaan rambut anda yang sudah panjang dan tidak terurus. Oleh itu, apabila pengumuman dibuat oleh kerajaan untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi pasti sudah buat anda tersenyum lebar.

[TERKINI] Sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi :
-Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik & elektronik & kedai
cermin mata sahaja dalam pemborongan & peruncitan
-Perkhidmatan gunting rambut
-Perkhidmatan dobi pic.twitter.com/WZ0Izt4N1U— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) April 10, 2020
Nak mintak satu je, kedai gunting rambut please bukak 😢
— thaqifffadib (@thaqifadib_) April 10, 2020
https://twitter.com/akmaa2free/status/1248664377932173313
Akan tetapi, ada juga yang kurang bersetuju apabila mendapat tahu akan pengumuman tersebut dan merasakan kedai gunting rambut tidak perlu beroperasi saat ini. Di Jepun, terdapat kes yang terkena jangkitan COVID-19 kerana berkunjung ke kedai gunting rambut.
Malah, ada juga yang mengatakan terlalu berisiko untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi kerana akan berlaku sentuhan antara pelanggan dan tukang gunting rambut serta jarak juga terlalu rapat, lalu ingin minta pihak kerajaan pertimbangkan semula keputusan tersebut.
Ini sebabnya kenapa gunting rambut tak seharusnya dibenarkan lagi di bawah PKP. #MCO https://t.co/Zui7BsX8jL
— Khalid (@khalids) April 10, 2020
Walaupun kedai gunting rambut kelihatan seperti diperlukan sekarang, ia bukan keperluan.
Ya, rambut rimas, tapi kita bukan nak ke mana pun. Kekal selamat lebih penting daripada kekal bergaya.
— Azraei Muhamad | #FinancialGory (@azraeimuhamad) April 10, 2020
Malaysia:
Ramai seronok kedai gunting dah boleh beroperasi.Jepun:
5 orang sah dijangkiti virus COVID-19, dan sebuah saloon rambut hampir pasti jadi kluster terbaru di Fukuoka. https://t.co/icgzBtaApZ— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) April 10, 2020
Kedai gunting rambut sgt high risk. Very close ke muka customer. Bygkan, kdg2 sampai terbau mulut tukang gunting tu. Sambil gunting sambil bercakap.
Ala, rambut panjang sket pun kecoh ka. Hehe
— La Palestina 🇵🇸 (@La_FarEast) April 10, 2020
Kita tidak mahu menjadi kluster baru iaitu 'Kluster Sakhty'. Jangan jadi seperti negara lain misalnya jepun. Kita perlu ambil langkah berjaga-jaga. Tak mati pun kalau tak gunting rambut. Saya cuma risau akan rakyat yang masih belum cakna soal penjarakkan sosial. @MuhyiddinYassin
— Abg Covid (@Alongpinot) April 10, 2020
Bagaimana pula pandangan anda tentang pengumuman tentang 9 sektor yang dibenarkan beroperasi ini? Adakah wajar untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi atau sebaliknya?
Sementara itu, ikuti perkembangan tentang COVID-19 di The Vocket.
Perintah Kawalan Pergerakan Sah Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020
Kadar Kematian Akibat COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terendah Di Dunia
Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Bantu Bangunkan Semula Ekonomi Negara Selepas COVID-19