Berbuat baik pada orang sekalipun hal itu kecil bagi kita adalah penting. Hal ini kerana mungkin bagi orang yang dibantu itu tindakan kita membantunya akan memberi makna yang besar dan mempengaruhi perjalanan hidup mereka yang seterusnya.
Membantu itu mulia. Namun, kita mungkin lebih mudah buat kebaikan dan memberi kepada orang yang kita kenali. Bagaimana pula dengan mereka yang langsung kita tidak kenali dan terasing?
Kisah di bawah ini membuatkan air mata menitis apabila mengenangkan episod kehidupan yang pernah dilalui sebelum ini. Bagaimana dengan anda?
Saksikannya sendiri di sini:
“Ripple” ialah sebuah filem pendek berdurasi 5 minit yang dihasilkan oleh Inspiration Singapore Short Film Drama. Ia mengisahkan tentang berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan meskipun ia berlaku a long time ago. Kitaran kebaikan ini perlu diteruskan dari generasi ke generasi dan semua peringkat umur.
Kata-kata yang memberi makna mendalam…
“A simple act of caring creates an endless ripples that comes back to you.”
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda.
Spread the Kindness