Selain menjadi bos di Google, Larry Page tidak suka duduk saja dan beliau hadir dengan satu startup baharu yang bakal memberi impak besar kepada sektor automotif di masa akan datang.

Kitty Hawk Flyer adalah model prototype kereta terbang dari pasukan Larry. Ianya dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya dan jentera ini tidak memerlukan lesen kapal terbang untuk dipandu. Tetapi buat masa ini, ianya hanyalah seperti jet ski terbang dan jauh lagi hendak sama seperti kereta yang biasa kita lihat di jalanan. Roda pun tak ada.

https://www.youtube.com/watch?v=oMAgQepUonw

Menurut syarikat ini, Kitty Hawk Flyer boleh terbang setinggi 15 kaki (lebih kurang 5 meter) dari permukaan bumi dan itu sudah cukup sebenarnya untuk dipandu meredah traffic jam di Federal Highway. Menurut Larry, Kitty Hawk sudah sedia untuk dibeli jika anda yang berminat dan Kitty Hawk Flyer ini sangat mudah untuk dipandu.

Ianya sudah boleh ditempah di sini jika ada yang berminat. Tetapi buat masa ini, Flyer dinasihatkan untuk beroperasi di atas permukaan tasik atau air sahaja. Belum ada lagi testimoni yang Kitty Hawk Flyer ini digunakan di jalanan. Mungkin kereta ini bukan seperti kereta terbang yang kita lihat dalam filem sains fiksyen tetapi kalau tak mula, bila nak muncul kereta terbang dengan rekaan yang lebih radikal kan?