Kecoh beberapa hari lepas apabila tular berita berkenaan kenyataan Khairy Jamaluddin atau mesra disapa sebagai KJ yang mencadangkan untuk mansuh pencen penjawat awam di negara ini.

Beliau kini meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan clickbait berhubung cadangannya memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam tanpa mengambil konteks penuh cadangan berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Khairy berkata, beliau secara spesifik dan jelas menyatakan bahawa cadangan itu adalah untuk pengambilan baharu penjawam dan bukannya ke atas mereka yang sedang dalam perkhidmatan. Tindakan sedemikian perlu dibuat demi menjaga fiskal negara ini.

“Saya kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan clickbait tanpa mengambil konteks penuh mengenai cadangan saya berkenaan memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam, sekali gus mengelirukan pembaca.

“Ikuti ulasan penuh mengenai isu ini dalam Episod 53 (podcast) #KeluarSekejap di YouTube,” kata beliau Facebooknya, hari ini.

Semalam, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan, melalui rancangan podcast Keluar Sekejap berkenaan, bersetuju dengan cadangan pakar ekonomi supaya membatalkan pencen Ahli Parlimen.

Beliau turut mencadangkan pencen penjawat awam dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara kerana kerajaan mungkin menanggung hingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang jika tidak dimansuhkan.

Bagaimanapun, Khairy dalam kenyataannya itu menyebut supaya pencen kakitangan awam baharu saja yang ditiadakan, contohnya selepas satu tarikh yang ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber