Sebut mengenai Pak Mat Western pasti ramai yang mengenalinya. Popular dalam mempromosikan produk kambing perap serta menjemput pelbagai selebriti seluruh Malaysia membuatkan jenama ini semakin dikenali.

Dalam pada itu, Pak Mat Western nampaknya membuat promosi yang tidak dijangka serta mengejutkan ramai apabila memilih untuk menyertakan YB Khairy Jamaluddin (KJ) dalam iklan terbaru mereka.

Baca Juga:

YB KJ yang kini bertugas sebagai CEO JDT, penyampai radio dan juga menjalankan podcast sendiri dalam video ini dilihat sangat bersahaja dalam melakonkan watak seorang individu dari kampung yang mempromosikan kambing perap.

Lebih membuat iklan ini unik, KJ dilihat turut menggunakan loghat Negeri Sembilan bersama warga kampung yang sekaligus membuatkan video ini tampak lebih dekat dengan masyarakat.

Kehadiran KJ dalam iklan Pak Mat Western ini nyata mengejutkan para netizen di mana rata-ratanya teruja dengan lakonan ahli politik ini.

KJ Pak Mat Western

Untuk pengetahuan, penampilan YB KJ dalam iklan Pak Mat Western ini sekaligus menjadikan beliau sebagai ahli politik pertama yang dilamar untuk mengiklankan kambing perap bersama restoran yang berpengkalan di Pulau Pinang ini.

Berdasarkan semakan, marketing Pak Mat Western pada kali ini sekali lagi berjaya mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila penampilan KJ ini sudah berjaya meraih lebih 1 juta tontonan di TikTok dan lebih 700,000 tontonan di Instagram dalam tempoh tidak sampai 24 jam.