Khairy Jamaluddin berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kemuliaan yang ditujukan kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy berkata beliau turut menghargai penghormatan yang diberikan Anwar dan Kerajaan Perpaduan kepada ‘Pak Lah’ dengan mengizinkan satu istiadat pengebumian yang teristimewa.

Ucapan Terima Kasih KJ Kepada PMX

“Terima kasih tuan atas beberapa nukilan ikhlas yang dikarya bagi mengingati sahabat lama. Kami sekeluarga turut tersentuh dengan kemuliaan kata-kata disampaikan Anwar terhadap ayahanda ‘Pak Lah’ (Abdullah).

PMX

“Penghargaan juga di atas kebenaran untuk jenazah (Allahyarham Tun Abdullah) disemadikan di Makam Pahlawan bersama negarawan-negarawan lain.

“Saya akan sentiasa berterima kasih atas perkara ini, tuan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi komen yang ditinggalkan pada satu hantaran klip video yang dimuat naik Anwar di media sosial, hari ini.

Klip video berdurasi 56 saat itu memaparkan kenangan PMX bersama Allahyarham Tun Abdullah yang juga Perdana Menteri ke-5 ketika bersama-sama dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

PMX
Kredit Foto: Perdana Leadership Foundation

Seiring istiadat itu, semua bangunan dalam jarak radius dua kilometer dari Masjid Negara turut mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian.

Jenazah Perdana Menteri Ke-5 Malaysia itu selamat disemadikan di Makam Pahlawan pada pukul 2.30 petang.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan.