KK Super Mart tampil dengan kenyataan mengecam tindakan staf mereka yang melakukan kekejaman ke atas binatang.

Sebelum ini tular pekerja KK Mart yang didakwa telah menuang air panas ke atas seekor anjing di luar premis kedai mereka.

Difahamkan wanita itu adalah pengurus kedai di cawangan tersebut.

Pengasas KK Mart Dinobat ‘Usahawan Terbaik Tahun Ini’

Dan dia berasal dari Bangladesh menurut laporan FMT. KK Super Mart atau KK Mart sudah mengambil tindakan dengan memecat staf tersebut.

Anjing yang disiram dengan air panas itu melecur teruk dan dirawat di hospital Veterinar Faith di Subang, Selangor.

Ramai mengancam mahu memboikot sahaja kedai KK Mart selepas ini.

KK Super Mart ambil tanggungjawab

Menurut laporan yang sama, KK Super Mart sudah menghubungi pihak klinik haiwan yang merawat anjing tersebut dan menanggung kesemua kos rawatan.

siram

 

KK Super Mart dalam kenyataannya mengecam sebarang bentuk kekejaman ke atas haiwan dan sudah mengambil tindakan tegas ke atas staf yang terlibat.

KK Super Mart dalam pengumuman awamnya berkata: “Kami sangat prihatin mengenai kejadian terbaru yang melibatkan kakitangan kami di KK SUPER MART Jalan Besar Menglembu, Perak, di mana berlaku tindakan kejam terhadap seekor haiwan di luar premis kami.

staf

“Kami menyedari insiden ini dan mengambil perkara ini dengan sangat serius. Di KK SUPER MART, kami dengan tegas mengecam sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan dan tidak bertolak ansur dengan tindakan sedemikian.

“Kami telah mengambil langkah segera, termasuk:

1. Menjalankan siasatan dalaman di Perak & HQ KL.

2. Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kakitangan yang terlibat.

3. Kakitangan yang bertanggungjawab telah dipanggil semula ke ibu pejabat dan setelah semakan, kontraknya ditamatkan serta-merta.

4. Menghubungi pemilik pusat penjagaan haiwan dan bersedia untuk menanggung kos rawatan perubatan haiwan tersebut.

“Kami komited untuk mengekalkan tanggungjawab dan amalan perniagaan yang beretika serta akan terus berusaha dalam memelihara kepercayaan pelanggan dan komuniti secara keseluruhannya.

“Terima kasih.”

kk