Semalam, kecoh di media sosial tentang kewujudan stokin tertera kalimah Allah S.W.T yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit KK Supermart.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana rangkaian runcit itu tidak peka dengan penawaran produk yang menyentuh sensitiviti penganut agama terbesar di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Stokin
Sumber Gambar: FB Firdaus Wong Wai Hung

Susulan insiden itu, pihak KK Supermart telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penjualan stokin berjenama MIRANOSOCK. Mereka mendakwa berlaku kesilapan penjualan stokin tersebut di Outlet KK SUPER MART di Bandar Sunway semalam.

Mereka meluahkan rasa kesal dan memandang serius akan insiden itu. Tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stokin tersebut.

Malah, pihak KK turut memaklumkan bahawa produk ini adalah produk ‘consignment’ daripada vendor. Mereka juga telah menghubungi pihak vendor dalam mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu.

Dalam pada itu, KK SUPER MART turut berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini. Pihak mereka sekali lagi memohon maaf dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.