Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari pasukan sukarelawan daripada pasukan perubatan untuk dimobilisasikan ke Semenanjung Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran memasuki negara itu diberikan. Mana-mana calon yang berjaya dalam pemilihan akan didedahkan dengan latihan persedian yang sesuai dengan situasi bencana perang.

“Dalam pemantauan kita (pasukan perubatan) dan telah pun buka permohonan secara atas talian kepada anggota kesihatan yang bersedia untuk dihantar ke sana. Kita akan laksanakan latihan tetapi jumlah permohonan belum ada lagi dan akan diberikan kemudian berapa ramai yang mohon jadi sukarelawan di sana.

Baca Juga:

“Kita pun sedang tunggu dan bekerja rapat dengan pasukan Palang Merah dan sebagainya termasuk Mercy yang berkhidmat di sana serta agensi kerajaan lain. Itu persediaan di peringkat kami. Semalam kami juga keluarkan kenyataan untuk terus hantar menyediakan bantuan kemudahan perubatan kerana ramai yang berdepan kecederaaan yang tinggi di sana,” kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Gazatte.

Difahamkan bahawa penghantaran akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri dan agensi awam lain serta koordinasi oleh International Red Cresent. Mana-mana calon yang terpilih akan menjalani latihan bagi penyediaan menghadapi situasi bencana di sana.