Kecoh dalam kalangan netizen apabila Dr Hamid Arshat telah meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook miliknya kerana pejabatnya telah diserbu oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan tanpa notis dan tujuan yang jelas membuatkan seperti beliau adalah seorang penjenayah. Malah, beliau ketika itu sedang berada di klinik di Taman Desa Medical Center sedang merawat pesakit ketika serbuan dilakukan.
Apa yang membuatkan lebih kecewa adalah apabila pihak kakitangan KKM meninggalkan pejabatnya dalam keadaan kucar kacir selepas serbuan dan bertindak kasar terhadap kakitangan beliau di pejabat.
Berikutan itu, pihak KKM tampil menjawab dakwaan yang dilemparkan oleh Dr Hamit Arshat. Menurut pihak KKM, serbuan yang dijalankan mengikut prosedur ditetapkan dan pemeriksaan mengejut itu dilakukan kerana terdapat aduan diterima daripada pengguna berkaitan produk digunakan di premis itu.
Malah, prosedur tidak melibatkan kekerasan dan pihak KKM mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan mengejut di mana-mana premis. Walau bagaimanapun, tiada tindakan diambil dan pegawai KKM meninggalkan premis selepas pemeriksaan tidak menemui produk seperti dakwaan pelapor.
Pastinya isu ini sedang hangat diperkatakan sekarang. Apakah pandangan anda mengenai isu yang terjadi ini? Di bawah ini, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang sensasi dan menjadi buah mulut netizen saat ini.
‘Ustaz’ Tidur Tepi Jalan Di Eropah Rupanya Mempunyai Kes Cabul Dan Tipu Duit?
Persis Pembaca Berita, Video Permohonan Maaf Domino’s Pizza Ini Dipuji Netizen
#BoycottMalaysia ‘Trending’ Kerana Rakyat India Marah Dengan Ucapan Tun Mahathir