Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) oleh sebuah rangkaian premis jualan ais krim.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah membuat semakan terhadap aktiviti penjualan tersebut. Didapati bahawa ais krim tersebut disediakan bersama picagari yang berisi ubat batuk berkenaan.
“Di bawah Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan.
“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM20,000 auta penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya,” petik kenyataan rasmi KKM.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Larangan Jualan Produk Ais Krim Yang Dicampurkan Dengan Ubat Batuk Pei Pa Koa pic.twitter.com/bMBvZZS2E1
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) July 30, 2024
KKM juga mengarahkan semua premis yang menjual produk tersebut untuk menghentikan serta-merta penjualan produk berkenaan bagi tujuan keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.
Pada masa sama, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial perlu menghentikan penyiaran iklan produk makanan tersebut.
“Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya lebih peka dengan isu keselaamtan makanan dan perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli produk makana yang mungkin diaduk dengan bahan yang tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan,” kata KKM.