Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat segelintir para netizen yang kurang berpuas hati dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). SOP yang berat sebelah serta keputusan yang dibuat secara tidak menyeluruh antara yang didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap KKM.
Terbaharu, pihak KKM telah memaklumkan bangunan dan persekitaran di Putrajaya bakal dinyalakan dengan lampu biru bermula 12 November sehingga 15 November sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para frontliners yang memberi perkhidmatan penjagaan Diabetes.

LightUpBlue@Putrajaya
Tanda sokongan dan penghargaan kepada jururawat & frontliners yang terus memberi perkhidmatan penjagaan Diabetes.
Bangunan dan persekitaran di Putrajaya akan dinyalakan dengan lampu biru bermula malam ini, 12 Nov sehingga 15 Nov. #WorldDiabetesDay pic.twitter.com/Aw0GXPCHmr
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) November 12, 2020
Di sebalik usaha baik KKM menghargai para frontliner, para netizen nampaknya kurang senang dengan inisiatif menggunakan lampu biru di sekitar Putrajaya.
Melihatkan situasi semasa dimana hampir kesemua negeri menjalankan PKPB, pastinya agak sukar untuk orang ramai ke Putrajaya untuk melihatnya. Berikut merupakan respon netizen berdasarkan pengumuman yang dibuat KKM
What a waste of money. Semua nurse dan frontliners in diabetic care memang duduk kt putrajaya ke utk ‘menikmati’ light show ni? Apa relevan nya?
— dymj 💜 (@halfrabun) November 12, 2020
wow tak sangka, dengan lampu lampu ni dapat meringankan beban frontliners 👍🏻
— If (@theclockwork23) November 12, 2020
Selain itu, situasi Malaysia yang dilanda kes COVID-19 yang tinggi ini telah membuatkan para netizen berpendapat adalah lebih baik sekiranya wang untuk menyalakan Putrajaya dengan warna biru disalurkan kepada para frontliners.
Tidak kurang juga berpendapat adanya lampu ini mampu membuatkan hadirnya kluster lightUpBlue berikutan tarikan yang dibuat. Apa pula pendapat anda mengenai inisiatif terbaru daripada KKM ini?