Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi kemungkinan Penyakit X muncul di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, lapor The Edge.

“Walaupun Penyakit X tidak menjadi tumpuan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-76 baru-baru ini, Malaysia tetap berwaspada terhadap kemungkinan kemunculan Penyakit X.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dan kami yakin dapat menanganinya dengan berkesan, berdasarkan pengalaman kami dengan wabak penyakit sebelum ini termasuk Covid-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV,” katanya.

Penyakit X ialah nama yang diberi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018 untuk patogen yang tidak diketahui yang berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Walaupun sifat dan masa penyakit ini masih belum dikenal pasti, dilaporkan bahawa pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan mengenai kesan penyakit tersebut.

Jean-Jacques Muyember, profesor yang membantu mengenalpasti wabak Ebola pada tahun 1976 berkata kepada CNN bahawa manusia sedang menghadapi sejumlah wabak baharu yang tidak diketahui, “Ada virus baru dan berpotensi mematikan yang muncul di hutan hujan tropika di Afrika.”

Baginya, melihat kepada situasi semasa, Penyakit X mampu memberi kesan lebih buruk daripada COVID-19.

Ahli epidemiologi dari Universiti Griffith, Dr. Dicky Budiman, mengatakan X dalam bahasa Inggeris sering dikaitkan dengan sesuatu yang belum diketahui.

Dicky menambah bahawa penyakit ini dianggap sebagai penyakit yang berpotensi menyebabkan pandemi, menyebabkan sejumlah besar kematian, dan mudah menular.

Selain itu para pakar menjangkakan bahawa penyakit ini boleh membunuh sehingga 50 juta orang dan dianggap penyakit yang lebih mematikan.