Tular di laman X baru-baru ini mengenai satu surat layang yang ditemukan di lot parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh yang mana mendedahkan seorang doktor dari sebuah jabatan didakwa melakukan gangguan seksual terhadap staf wanita.

Dalam surat layang tersebut, mangsa-mangsa gangguan seksual tersebut turut mendedahkan bahawa doktor yang melakukan gangguan seksual itu sering mengganggu tugasan doktor-doktor yang menjadi mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Doktor berkenaan juga dikatakan telah mengugut doktor-doktor housemen berkenaan untuk memanjangkan tempoh tagging dan latihan mereka walaupun tidak diberi kuasa untuk mengawasi mereka.

Selain itu, doktor tersebut juga didakwa menggunakan taktik itu untuk menakutkan mangsa dan menggunakan kesempatan itu untuk menganggu doktor housemen perempuan secara seksual.

Turut didedahkan dalam surat layang itu adalah nama beberapa individu yang juga kakitangan hospital berkenaan yang didakwa melindungi perbuatan doktor berkenaan.

Isu surat layang yang mengadu tentang isu gangguan seksual di hospital tersebut telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak tengah hari tadi mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima surat layang tersebut melalui pos pada Khamis, 28 Februari lalu.

Pihak JKN Perak kemudiannya telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas pada 29 Februari yang dianggotai daripada pegawai-pegawai yang turut dilantk oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM.

Kes tersebut kini sedang disiasat dengan pengumpulan bukti-bukti. Malah, KKM memandang tuduhan ini sangat serius dan mempunyai toleransi sifar terhadap gangguan seksual di tempat kerja.