KLoe Hotel yang terletak di Bukit Bintang ini pasti akan menjadi penginapan pilihan ramai orang kelak. Mana tidaknya, lokasinya yang dekat dengan pelbagai tempat tarikan pelancong pastinya menjadi salah satu sebab anda kena cuba menginap di sini.

Untuk pengetahuan anda, pengasas KLoe Hotel yang serba unik dan cantik ini adalah suami kepada pengacara dan pelakon Cheryl Samad iaitu Ng Ping Ho. KLoe Hotel ini sesuai untuk anda yang ingin menyerlahkan kreativiti anda.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

87960186_2711479202511777_5332440397517946880_o

88150766_2711478275845203_6899381897462284288_o

88102883_2711478309178533_2730606796522651648_o

DRAW03-750×500

87966873_2711478492511848_7147967311700295680_o

Kenapa kami katakan begitu? Ini kerana terdapat 5 artist loft inspirasi dari artist loft dan studio yang direka khas untuk anda nikmati dan serlahkan kreativiti seperti muzik, buku, makanan, taman dan seni.

Tidak dapat dinafikan bahawa ruangan yang cantik akan memberikan rasa tenang dan boleh memberikan kita rasa motivasi dalam kehidupan. Setiap ruang dalam KLoe hotel ini cukup kreatif dan cantik yang pastinya kaki foto akan suka untuk mendapatkan gambar yang ‘Instagrammable’.

DRAW01-750×500

GROW01-750×500

LISTEN01-750×500

READ01-750×500

TASTE01-750×500

Difahamkan, terdapat 80 bilik dan 5 artist loft yang anda boleh pilih dan serlahkan kreativiti anda di sini. Menurut tinjaun kami, harga penginapan di sini bermula dari RM300 dan anda boleh membuat tempahan di laman sesawang KLoe Hotel.

Anda perlu cuba menginap di sini dan rasai sendiri keunikan penginapan ini. Apa tunggu lagi?

Apa kata kami kongsi dengan anda tip dan trik tempah penginapan dengan harga murah. Klik pautan di bawah untuk ketahui rahsianya.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Persis Bridge Of Peace, Ini Kecantikan Dan Keunikan Saloma Link Di Kampung Baru Yang Telah Dibuka

Persis Di Bali, Lihat Keunikan Penginapan ‘Classic Malay House’ Di Kuala Lumpur Ini