Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Patrick Kluivert mengakui pasukannya beruntung kerana tidak dibolosi dengan lebih banyak ketika pertemuan menentang Jepun, semalam.

Indonesia yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan keempat Piala Dunia 2026 terpaksa menelan kepahitan dibelasah 0-6 pada aksi terakhir peringkat kumpulan di gelanggang lawan.

Baca Juga:

Walaupun Jepun merehatkan beberapa pemain utama, anak-anak buah Hajime Moriyasu jelas berada di kelas mereka yang tersendiri.

Selain dibolosi enam gol, Indonesia turut gagal untuk mencipta sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol Jepun.

Kluivert
Kredit Foto: REUTERS/Issei Kato

Kluivert Mahu Pemain Ambil Iktibar Kekalahan Di Jepun

“Di beberapa minit awal perlawanan, kami bermain dengan bagus. Ya, tapi sudah saya katakan dari semalam, Jepun mempunyai banyak kualiti yang bagus,” ujar Kluivert menurut sumber laporan video CNN Indonesia.

“Mereka merupakan pasukan di tahap Piala Dunia, secara individu dan berpasukan. Sebuah pasukan yang sangat bagus.”

“Tentu saya kecewa dengan keputusan perlawanan, juga untuk negara Indonesia, ini sudah tentu sangat mengecewakan.”

“Tapi kami harus belajar daripada situasi ini, saya fikir ini adalah pelajaran yang sangat penting, bagi saya sebagai seorang jurulatih, tetapi juga sebagai sebuah pasukan.”

“Saya fikir Jepun memang layak untuk menang, kami beruntung kerana jaringannya tidak menjadi lebih besar, tetapi sekali lagi kami mempunyai rasa hortmat terhadap Jepun, mereka mempunyai kualiti yang baik.”

“Kami sudah pelajari corak permainan Jepun dengan baik tetapi secara individu mereka mempunyai banyak kualiti, begitu juga sebagai pasukan.”

Kluivert
Kredit Foto: REUTERS/Issei Kato

“Mereka mendominasi permainan, itu perkara yang jujur kita perlu akui. Semua orang melihat perkara tersebut dan kami perlu menghormatinya.”

“Apa yang lagi penting, kami juga harus belajar daripada kekalahan besar ini.”

“Pada Oktober nanti, pertandingan pusingan keempat akan menanti kami, jadi kami harus mempunyai perancangan yang bagus dan menerima kekalahan ini dan belajar daripada kekalahan ini serta tampil lebih bagus daripada situasi ini,” tambah Kluivert lagi.

Sumber