Netizen Indonesia mengecam dan mengejek Jeka Saragih, atlet MMA yang KO dalam masa 28 saat di dalam oktagon UFC.

Bertempat di Newark, New Jersey – Petarung MMA Indonesia, Jeka Saragih, telah dikalahkan petarung yang membuat debut dari Korea Selatan, Joo Sang Yoo.

Joo Sang Yoo melakukan salah satu KO terpantas dalam sejarah MMA dengan menumbangkan lawannya dengan satu tumbukan, Jeka Saragih terus KO dalam masa 28 saat.

Saragih memulakan pertarungan dengan intensif dan cuba melakukan serangan awal.

Joo yang melihat Saragih membuka muka kepadanya telah melakukan tumbukan hook yang tepat ke arah rahang kiri Saragih.

Saragih terus tersungkur dan pengadil pertandingan segera menamatkan pertarungan tanpa memberikan sebarang peluang untuk Saragih bangkit.

Kemenangan ini membolehkan Joo Sang Yoo melanjurkan rekod profesionalnya menjadi 9 kemenangan tanpa kekalahan. Sementara itu, Jeka Saragih kini mencatat rekor 14 kemenangan dan 4 kekalahan dalam karier MMA.

Jeka Saragih sebelum ini tampil cemerlang dalam UFC 82 di Vegas dengan menumbangkkan Lucas Alexander secara KO.

Jeka saragih

Namun harapan peminat MMA dari Indonesia hampa apabila Saragih langsung tidak melawan.

Kekalahan ini juga membuatkan ramai netizen Indonesia menghujat dan mengejek Saragih.

saragih

Ada yang berkata: “Saatnya sudah tiba untuk naturalisasi petarung dari Amerika Syarikat atau Australia.”

Yang lain mengejek: “Yang harus di-upgrade adalah skilnya bukkan tatunya. Dan jadilah manusia yang sedikit merendah diri. Kesombongan kami lebih tinggi daripada skil bertarung kamu.

“Kami hanya bisa ketawa girang.” – tulis Kamal Achmad.

KO 28 Saat, Jeka Saragih Dicemuh Netizen Indonesia: 'Dah Tiba Waktu Naturalisasi Petarung Asing'

Mereka berterusan menyindir Jeka Saragih dan tatunya.

Mereka juga menuduh Jeka Saragih sebagai petarung yang selama ini sombong dan suka meninggi diri. Ternyata egonya dipadamkan oleh lawannya dalam masa 28 saat.

Jeka Saragih mendapat reputasi sebagai petarung sombong selepas dia menari nari sebaik sahaja mengalahkan Alexander sebelum ini.

Dia menegaskan bahawa sikap sombong itu sudah terbawa bawa dari lahir lagi. Dan dia tak kisah dengan kritikan ke atas gayanya itu.

https://sport.espos.id/disebut-sebagai-petarung-sombong-jeka-saragih-bawaan-dari-lahir-1802072

Ada juga yang mengingatkan Saragih bahawa peringkat yang dia hadapi sekarang adalah UFC dan perlukan dia lebih bekerja keras.

Di sebalik kecaman demi kecaman diterima, ada yang mempertahankan Saragih. Dan berharap petarung itu bangkit.

“Susah menjadi atlet Indonesia, sebelum bertarung  kena berlawan dulu dengan ‘netizen’,” tulis penyokongnya.