Petarung MMA Malaysia, Johan Ghazali atau Jojo memberikan peringatan pedas kepada pembenci dari kalangan rakyat negara Malaysia sendiri.
Johan Ghazali tewas di tangan Diego Paez dengan ‘split decision’ daripada juri.
Kekalahannya membuatkan Johan Ghazali menerima kecaman daripada segelintir pihak. Apa yang mengecewakan Jojo, rakyat Malaysia sendiri turut mengecamnya.
Johan Ghazali: “Kepada pembenci aku dari Malaysia..”
Menurutnya, dia tak akan koyak dengan komen dan cercaan pembencinya. Namun mengingatkan bahawa sikap ‘haters’ ini antara sebab negara Malaysia tidak mampu sampai ke tahap seterusnya.
Johan Ghazali akui malu dengan mentaliti sampah daripada orang Malaysia sendiri. Dia berkata di IG: “Kepada pembenci aku yang dari Malaysia, sebab korang lah negara kita tak boleh sampai ke tahap seterusnya.
“Korang jangan harap la nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang, tapi aku malu, malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri.”
Johan Ghazali mengingatkan pembencinya, bahawa dia sudah mengorbankan nyawanya di atas gelanggang demi nama Malaysia.
Namun agak mengecewakan apabila ada segelintir pihak seolah olah tidak menghargai pengorbanannya itu.
Johan Ghazali Ajak Lelaki Pukul Perempuan Untuk Bertumbuk Dengannya
Semangat berkorban demi negara itu diwarisi daripada ayah dan datuknya, yang mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara Malaysia.
Jojo melanjutkan: “Aku umur 18 mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara, pagi tadi aku bangun kaki sakit tak dapat nak jalan, kepala sakit.
“Modal aku sendiri pun keluar nak pastikan preparation aku tip top, tapi untuk apa?
“Datuk aku, Tan Sri Ghazali Che mat mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara ni. Bapak aku berkhidmat sebagai polis selama 25 tahun demi negara ini. Adik beradik aku semua wakil Malaysia di peringkat yang tertinggi, tapi untuk apa?
“Masa aku dekat atas bukan main, masa aku jatuh, keluar perangai sebenar rakyat kita.
“Korang cakap lah apa korang nak cakap, aku berlagak la, aku kejar glamour la apa la. Tapi korang jangan lupa, disebabkan aku yang usaha mengejar glamour, yang tak glamour pun boleh jadi glamour.
“Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul support aku. Ubah lah mentality bangang ni. Malaysia Boleh tapi rakyat dengki. Korang ingat aku akan koyak ke dengan apa yang korang cakap?
“Mentaliti kita berbeza, sebab tu aku yang berlawan engkau hanya sekadar penonton. Terima kasih semua.”