Jojo atau nama sebenarnya Johan Ghazali Zulfikar telah menghantar mesej keras kepada segelintir pihak yang memperlekehkan kekalahannya di ring baru baru ini.

Johan Ghazali, beberapa hari lalu, kalah di tangan Johan Estupinan dalam aksi One Championship dengan keputusan juri.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Petarung yang sedang meningkat naik itu memberikan saingan sengit kepada lawannya. Namun jelas sekali dia kecewa dengan kecaman yang dilemparkan ke atasnya.

Dan dia menyatakan bahawa dia baru sedar bahawa ramai pakar sukan Muay Thai di Malaysia.

Jojo kemudian menyatakan, jika ada kesempatan dia mahu berlatih sahaja dengan coach media sosial ini.

“Lepas Jojo fight hari tu baru sedar yang Malaysia ramai banyak grandmaster yang sangat pakar dalam sukan muaythai ini.

“Minta maaf yang semua ‘coach’ media sosial yang tak puas hati dengan prestasi Jojo. Insyallah lain kali aku pergi training dengan korang je,” tegas anak muda tersebut.

Namun Johan Ghazali sedar sebenarnya dia kadangkala terlalu fokus kepada hal hal toksik di media sosial sehingga terlupa dengan apa yang dia miliki, iaitu penyokong yang sentiasa bersamanya.

Johan Ghazali menyatakan rasa kesyukurannya ke atas sokongan yang diterimanya daripada peminatnya. Kerana menurutnya, ia menjadi motivasi buat dirinya.

Jojo menambah: “Tetapi yang paling penting sekali, Jojo nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong Jojo. Anda semualah yang sentiasa menjadi motivasi kepada Jojo dan Jojo sangat bersyukur untuk anda semua.

“Kadang kadang Jojo terlalu fokus kepada perkara negatif, sehingga Jojo terlupa dengan apa yang Jojo ada. Terima kasih.”

Jojo berikan mesej keras

Akhir sekali petarung tersebut tekad mahu terus bangkit demi peminatnya. Dan kepada yang lain, dia minta boleh pergi mampus.

“Demi penyokong aku, aku akan bangkit. [Yang] lain boleh pergi mampus.”