Sekiranya anda mengikuti perkembangan Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai ‘Jojo’ pastinya anda cukup tahu dengan kemampuan hebat remaja berusia 17 tahun ini.
Terbaharu, sebuah lagi pencapaian membanggakan berjaya dilakukan apabila Johan Ghazali sekadar memerlukan 36 saat untuk menumpaskan pihak lawan iaitu Edgar Tabares dari Mexico.
Baca Juga:
- Atlet Muay Thai 16 Tahun Malaysia Berjaya Tewaskan Lawan Dalam Masa 16 Saat, Bawa Pulang RM44,000
- Jelir Lidah Tanda ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia
LIGHTNING FAST ⚡ 17-year-old phenom Johan "Jojo" Ghazali stops Edgar Tabares in 36 seconds!#ONEFightNight17 | 🔴 Live Now
🇺🇸🇨🇦 Watch live on Prime 👉 https://t.co/duKj2fOmoS
🌍 Live TV broadcast in 190+ countries (check local listings)
🌍 Also available on… pic.twitter.com/mW4Vg43hsC— ONE Championship (@ONEChampionship) December 9, 2023
Petarung berusia 17 tahun itu berjaya mencapai kontrak enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalahnya 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights.
Meskipun masih muda, Johan dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini.
Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.
Untuk pengetahun, ini bukanlah kali pertama Johan Ghazali berjaya melakukan ‘K.O’ dalam tempoh yang singkat. Pada Februari lalu, Jojo berjaya menumpaskan pihak lawan sepantas 16 saat yang sekaligus membolehkan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM44,000.